30 December 2010

Malaysia menang, Upin & Ipin yang jadi mangsa!

Mesti ramai yang pelik kan? Apa pulak kaitan Upin & Ipin dengan Piala AFF semalam? Sebelum tu,  tahniah buat Malaysia sebab jadi juara buat kali pertama kat Piala AFF  Suzuki . Harap harap untuk Piala AFF Honda,Yamaha, Modenas, Toyota malahan Ferrari nanti pon Malaysia juara jugak.haha! 

Boleh dikatakan 80% blog-blog yang aku follow mentahniahkan(apeke pelik bahasa aku ni) pasukan bola sepak Malaysia atas kemenangan menentang pasukan Indonesia semalam. Dan boleh dikatakan hampir 50% fren fren FB aku yang online tadi tolong jadi juruulas. Tiap tiap kali gol ja mesti ada yang apdet status "Goll!!". Aku yang on9 lam bilik pon dah boleh tau keputusan. takyah susah2 usung laptop pi kat ruang tamu.Nampak sangat suka memerap dalam bilik..Ngeh3~

Aku bukannya minat sangat pon bola bola ni. Semalam pon aku jenguk TV sat sat ja.  Pemain Malaysia pon aku tak kenai semua.heheh. Tapi aku tau la jugak sikit sikit yang Malaysia dah menang tym perlawanan pertama haritu, aku pon tau jugak pasal insiden Laser yang ramai orang Indon tak puas hati tu. Kira ok la kan? bukannya tak amek tau lansung..dan pasal insiden Laser tu pulak, bagi aku, kalau betol pancaran laser tu dari penyokong Malaysia, memang tak best dan tak patut la kan..tapi dengaq kata tadi waktu perlawanan kedua kat Indon pon ada laser jugak. Herm...sapa punya kerja ek? Wallahu a'lam.

Sebenaqnya aku bukan nak ulas pasai laser laser tu. Bukan nak ulas pasai corak permainan,strategi. Mana reti aku benda benda camtu.hahah Tadi aku godek godek FB adek bongsu aku. Sapa suruh dia tak logout kan. Baru darjah 2 dah ada FB bhai..aku dulu darjah 2 nak on PC pun takut takut.nyiahaha  Aku pon tengok la kat news feed dia tu.Ternampak fanpage Upin & Ipin.

Terkejut jugak aku. Pergh. Gila ah. Ramai jugak yang komen kat page Upin Ipin ni. Fan dia pon 4 juta lebih! kalah Lisa Surihani! Bila aku tengok kat status fanpage tu :


lebih 2 ribu yang menge'like' dan lebih 3 ribu yang mengomen. what happened?

"Diharap semua jangan berbahasa kesat dan kasar  disini. Ini tempat untuk kanak kanak. Oleh itu, tolong sopan sedikit." 

Aik.tak kan budak budak sebaya adik adik aku ni maen gadoh gadoh dalam page Upin & Ipin pulak? Tak kan depa begaduh ngan Upin & Ipin pulak kan?

Bila aku tekan 'view all comments' je pergghhh. Sekali lagi aku terkejut. Rupa rupanya fanpage Upin & Ipin telah diserang oleh penyokong2 Indonesia! Fanpage Upin & Ipin  dah jadi tempat untuk penyokong Indonesia memaki hamun Malaysia. Kononya tak puas hati dengan perlawanan semalam. Nah. hangpa tengok la sendiri bahasa bahasa 'sopan' penyokong penyokong Indonesia..penat aku printscreen nih!

 maaf kalau bahasa bahasa kat atas tu agak kasar.

Ada ka patut Upin & Ipin pulak yang jadi mangsa! Yang maki hamun Upin&Ipin pon ada. Apa la salah budak comel 2 orang tu ye? Siap nak boikot kartun Upin & Ipin lagi. Padahal barangan tiruan Upin & Ipin sendiri punya la berlambak dijual kat indon nu. Ada hati nak boikot.  Kang kak Ros marah depa baru tau! hahaha

Sedih kan. Pasal bola ja dah maki maki macam tu. Bukan setakat penyokong Indon ja.Tak yah nak marah kat penyokong Indon. Kita pun sama ja. Tapi bukan semua la kan. 'Segelintir' ja. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sebagai contoh, kalau ada lawan bola antara Negeri negeri tertentu, tak pasai pasai Menteri negeri tu yang kena maki. Yang ni ke adab ketimuran yang dibangga bangga kan sangat tu? Ni ke semangat 1 Malaysia yang di warwarkan sangat tu? Bola pon boleh jadi isu politik dan perkauman???

Tapi bukan semua penyokong Indonesia dan Malaysia yang macam kat atas tu..ada yang baik baik..ada yang boleh terima kekalahan..penyokong Indon yang puji pemain Malaysia pon ada.. Ni yang aku printscreen dari fanpage tu jugak dan dalam status yang sama. Cuma yang ni aku kumpul komen2 yang sopan ja.

 alhamdulillah.masih ada penyokong yang macamni walaupon sikit.

Untuk pengetahuan, status kat fanpage Upin & Ipin tu dah dipadam oleh adminnya semalam. Elok sangatla tu. Nanti budak budak baca tak pasai pasai kotoq habeh otak depa. Tapi nasib baik aku sempat printscreen. Kalau tak mesti hangpa tak dan tengok. Cakap terima kasih kat aku cepat! haha

Saye Upin. Ini adik saye, Ipin. Ape salah kami berdua?? 
Betul betul betul!


“Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (Al-Humazah: 1)

p/s: cuti dah nak habes.. :(

26 December 2010

Hati cakap

Tinggal lagi seminggu cuti nak habes. 
Tinggal lagi seminggu nak balik Bangi nun. 
Tinggal lagi seminggu nak dok kat Aloq Staq, hang tak mai kepala hang aku putaq.(suddenly ja kan.) 
Tinggal lagi seminggu nak memerap kat rumah. 
Tinggal lagi seminggu nak makan banyak banyak kat rumah. 
Dan tinggal lagi seminggu nak menjoli kat sini dengan kawan kawan sekolah dulu.

Tak sangka dah +- 1 tahun 6 bulan aku kat IPG. 
Tak sangka dah 1 tahun setengah aku kat situ walopun mula mula dulu macam tak sanggup nak jadi ustat cikgu. (masih dalam proses nak terima istilah ustat. -_-")
Tak sangka aku dah nak masuk ke alam ajijah ijazah.
Dan tak sangka pulak yang aku ni dah nak jadi ustat cikgu!

Rasa macam cepat ja masa berlalu kan. 
Rasa macam baruuuuu ja aku ambek result SPM yang 'cemerlang' tu.
Rasa macam baruuuuu ja aku daftar masuk IPG. 
Rasa macam baruuuuu ja lalui zaman comel comel muda muda lari lari kalut kalut waktu orientasi yang 'BEST' tu.(nah amek hang.siap letak in bracket ngan Caps lagi.kalau tak faham tak tau la kan)

4 tahun lagi tempoh untuk aku belajaq kat IPIS tu. 
4 tahun lagi tempoh untuk aku buat pesediaan nak jadi ustat cikgu. 
4 tahun lagi tempoh untuk ready mental fizikal untuk keluaq mengajaq kat sekolah.(gila jauh aku pikiaq.haha)
4 tahun lagi tempoh untuk aku matangkan sikit perangai+pemikiran+emosi.(kot)
Dan 4 tahun lagi tempoh untuk aku bersedia untuk menggunapakai istilah keramat iaitu USTAZ.ngeh3 tapi kan,boleh tak kalau takmau guna istilah tu? guna istilah Cikgu Pendidikan Islam ja tak boleh ka? -_-" 


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

p/s: nanti bila dah jadi ustat mesti muka aku merahmerah blushingblushing malumalu kalau baca balik entry aku yang  ni. hahaha!

11 December 2010

Kereta Proton dicetak rompak ?

السلام عليكم

Aku terjumpak gambaq gambaq kereta kat negara arab. Maksud aku, bukan aku jumpak gambaq ni kat negara arab. Celah mana pulak aku pi melawat negara arab kan. Makan nasik arab pon jarang sekali. Tapi kalau roti arab selalu la. Ah tetiba masok hal ehwal makanan pulak ye.

Ok ok.kita straight to my heart.eh eh. straight to the point. Gambaq2 ni aku jumpa masa tengah sebok check bursa saham bukak internet,click sana sini then termasok la satu laman web arab ni. Nampak gambaq keta yang dibuat kat sana. Saling tak tumpahnye kuah kalau tak ke nasik(frasa baru ni. tak daftar lagi dengan DBP) dengan kereta yang ada kat Malaysia ni iaitu, Proton Satria Neo dengan Proton Gen2.

Yang uniknya, kereta yang dibuat kat negara arab ni menggabungkan keduadua kereta yang aku sebut tadi.



arab 1: ko namapak tak ni? ini namanya kereta!
arab 2: oooo...aku ingatkan cucur ubi tadi..
cameraman: macam pernah aku tengok mobil ni..tapi dimaana ya?

Amacam? ada iras iras Proton Gen2 ngan Satria Neo tak? Kalau ikut laman web tu, nama kereta ni Aseelah. Kira okay la kan. Teknologi negara kita diguna pakai oleh negara luaq. 

Malaysia Boleh! :D

02 December 2010

Negeri Kedah akan bergabung semula dengan Pulau Pinang ???

Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang


ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.


Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.


“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.


“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.


Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.


Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.


Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.


“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.


Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.


“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.-sumber dari Utusan Malaysia Online.

Ingat lagi tak sejarah pasai Kedah dan Penang ni?? Aku pon tak ingat sangat bila aku belajaq pasai ni..tapi ada la jugak ingat sikitsikit. Sultan Kedah waktu tu menyerahkan Pulau Pinang yang waktu tu dimiliki oleh Kesultanan Kedah kepada British sebab nak suruh British protect(wahhh..i spiking inglish u know...wahahah) Kedah dari serangan Burma dan Siam. Tapi betoi ka apa yang aku tulis ni?? wahaha~

British gagal menolong Kedah waktu tu. Cubaan Sultan Kedah nak dapatkan balik Pulau Pinang gagal. Tapi Kesultanan Kedah diberi wang pampasan 10000 dolar setahun sampai la ke hari ni..

Tapi yang herannya awat Kerajaan Pusat yang bayaq kat Kedah sekarang?? Kenapa British tak bayaq? adakah kerajaan Pusat yang menjajah Pulau Pinang satu ketika dahulu? Apakah?Ah. takkan orang tanah melayu nak jajah tanah melayu sendiri? Arghhh.tolong! tolong!. tetiba ja tensyen ye. wahaha~ sori la aku ni rabun sejarah. Ok la tu. jangan buta sejarah sudah.ngeh3

Tu cerita sebelom merdeka. Bila dah merdeka, Pulau Pinang tetap tak dikembalikan kepada Kedah, dan Pulau Pinang pulak menjadi seketul negeri yang lain. Agaknya pasal tu la PSMCK cadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan dan bergabung balik dengan Kedah.

Bila sebut pasal BERGABUNG ni aku teringat kat satu benda..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



bergabong!!! ngeh3. tua tua bangka pon ingat Dragon Ball lagi!ngek.



p/s: Sejarah itu fakta. Walaupun subjek Sejarah itu agak boring(ngeh3~), tanpa sejarah, kita takkan tau sapa kita. Islam jugak menggalakkan umatnya untuk mengetahui dan meneladani sejarah umat umat dulu kala. 1/6 daripada kandungan Al-Quran adalah sejarah. Ingat tu Muhamad Adif! Kaf.Ba.Ro.Kaf.Alif.Ta.Nuuun... apadia? keberkatan...bagus,bagus. Wahaha~

Kesian.eh eh. Sekian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...