17 November 2011

Pesanan buat Pak Ustaz

Ustat, ustat, ustat,

Apa kau ingat kau ustat kau dah hebat?
Kat facebook sakan ber'chit chat'
Dengan siapa, sendiri mau ingat,
Dosa pahala kau tak hengat?

Ustat, ustat, ustat,

Konon di facebook kau la hebat,
Pantang ada artikel semua kau  shared,
Padahal kau baca pun cuma sekerat,
Dengan harapan ada ustazah kiut 'add'.

Ustat, ustat, ustat,

“Ukhuwah fillah Abadan abada”
Itu janji dengan kawan-kawan,
Tapi bila ‘gewe’ dah ada,
Kawan sekelas kau sanggup ketepikan.

Ustat, Ustat, Ustat

Konon cinta selepas kahwin,
"Ana nak bina baitul muslim",
Padahal hakikatnya bukan main,
SMS makwe tiap tiap time.

Ustat, ustat, ustat,

Alhamdulillah, isu semasa semua kau 'update',
Yang tak bestnya baca sikit terus menghukum,
Bukannya nak kaji serba sedikit,
Bila mintak ulas, kau cakap "Err,takpela. ada keja ni. Assalamualaikum."

Ustat, ustat, ustat,

Orang ada persatuan kau pun nak berpersatuan,
Katanya "hidup tanpa jamaah boleh jadi tak keruan"
Sorang sorang kat bilik filem 'biru' kau layan,
Itu ke 'tarbiah' dalam persatuan?

Ustat, ustat, ustat,

Bila tiba isu hina agama,
"Ini tak betul!, yang ini salah!"
Kau maki sini kau maki sana,
Mana pergi slogan "Da'wah bil hikmah"?

Ustat ustat, ustat,

Dapat gaji saving sikit sikit,
Dengan harapan kereta boleh tukar bodykit,
Gaji tak cukup mula la kau nak bingit,
Bawak bawak la faham erti ikhlas sikit...




Pesanan buat diri aku, serta semua orang yang menggalas ‘title’ Ustaz atau Ustazah. Berat rasanya bahu nak pikul ‘title’ ni sampai hujung nyawa. Buat apa pun orang tengok, dengan harapan Pak Ustat ni boleh bagi contoh terbaik untuk ikutan.

Tapi hakikatnya, Pak Ustat ini juga manusia. Ustazah tudung labuh juga manusia. Dan seperti manusia manusia lain, kami juga diuji. Bahkan mungkin lebih berat ujiannya.

Namun, Pak Ustat, dan Ustazah, jangan jadikan alasan ujian yang lebih berat dari orang bukan ustaz dan ustazah tu sebagai alasan untuk kita biarkan diri kita hanyut. Tapi seharusnya; semakin berat ujian kepada kita, kita perlu lebih kuat. Lebih kuat mujahadah melawan General Syaitan yang dihantar.

Allahumma la tuzigh qulubana. Ba’da iz hadaitana. Wahablana min ladunka rohmah. Innaka anta-al wahhaab.

Amiin.



13 November 2011

Mampukah aku?

Hari ni tiba tiba ada semangat baru muncul dalam diri aku. Semangat nak sambung belajar.

Heran sungguh. Exam esok lusa entah ke mana. Study pun malam exam. Study last menet. Haih. Susah betoi nak buang habit dari zaman sekolah ni. Tak boleh ubah. mungkin tu cara aku study. Walaupun pelik, sekurang kurangnya dengan cara study tu la yang bawak sambung belajar kat sini. Alhamdulillah.

Aku tengah survey untuk sambung belajar di Universiti Malaya. Cadangnya nak buat PJJ. Pengajian Jarak Jauh. Diploma Pengajian Syariah. Insyallah.

Untuk rujukan sapa sapa yang berminat. :

http://www.umcced.edu.my/DIP/Syariah.html

Tapi, ada 'tapi'nya. Rasanya macam berat. Diploma ada 6 sem. sama dengan jumlah semester yang masih berbaki di sini. Persoalannya, boleh ke aku buat semua tu?

Dengan esaimennya, dengan programnya, dengan praktikumnya, dengan segala bagai MQA, ISO nya.

Allah. mampu ke aku buat semua tu dalam masa yang sama?

Ikut hati memang teringin sangat sangat nak belajar kat UM tu. Sekurang kurang nya aku boleh sibukkan diri dengan benda yang berfaedah di hujung minggu.

Sekurang kurangnya bertambah jugak ilmu aku yang superduper-cetek ni.

Sekurang kurangnya ada benda lain yang boleh aku fikirkan selain tengok muvi, main fesbuk, main game.

Sekurang kurangnya aku boleh ubah jadual weekend aku yang tak lebih dari bangun lewat-keluar makan-balik-tengok muvi-fesbuk-keluar makan malam-tengok muvi-fesbuk-tidur lewat-bangun lewat.

Sekurang kurangnya merasa jugak aku untuk masuk 'U'.


dan kalau bukan sekarang, bila lagi? Lepas grad? Lepas grad posting entah kemana. Sabah? Sarawak? Kelantan? Kedah?

Bila kerja sibuk dengan kerja. Sambil kerja, sibuk dengan urusan macam macam. Sempat ke nak sambung belajar balik?

Memang membuak buak sangat perasaan nak belajar sambil belajar ni.

Tapi, mampukah aku?

09 November 2011

Aku perlukan kamu

Manusia merupakan insan sosial yang tak dapat hidup secara bersendirian. Semua individu diatas muka bumi Tuhan ini bergantung kepada individu lain untuk hidup dengan sempurna. Terutamanya dalam proses pembelajaran. Pembelajaran yang paling asas dan semula jadi adalah melalui proses peniruan. 


Fakta ini aku dapat ketika menelaah buku Murid dan Alam Belajar. 


Bagi sesiapa yang belajar di IPG (Institut Pendidikan Guru dahulunya dikenali dengan Maktab Perguruan) mesti dah lali dengan subjek ni. Lusa nak exam baru nak study. Jangan tiru aksi ini. :)


Tiba tiba dapat ilham untuk menulis tentang kebergantungan kita terhadap orang lain atau dengan erti kata lain; kebersamaan. Menurut fakta yang ditulis diatas, kita sebagai manusia memang tak akan lari dari berhubung, berinteraksi. berkomunikasi dengan orang lain.

Dari sudut pendidikan, memang terang lagi bersuluh, kita perlukan orang lain untuk berjaya.  Tak ada orang berjaya dengan usaha sendiri. Ya, Ini serius. Tak pernah ada orang yang berjaya dengan usaha sendiri. Contoh? 


Jika kita mengaku yang kita berjaya dengan usaha sendiri, study baca buku sampai lewat malam, buat nota, hafal nota dan akhirnya berjaya mendapat straight A atau 4flat, 


lupakah kita kepada usaha keras si penulis buku yang kita baca?


lupakah kita kepada si syarikat pembekal kertas yang membekalkan kertas kertas yang kita guna? 


lupakah kita kepada si pekerja kilang lampu yang menyediakan lampu dan membolehkan kita study dengan selesa ketika larut malam?



Tidak kira dengan keluarga, kawan-kawan, pasangan ataupun masyarakat sekeliling. Kebersamaan adalah hal yang sangat penting dan perlu diambil berat kalau kita masih berhajat nak meneruskan hidup. Buang ego. Buang bongkak. Buang hidung tinggi. Hidup lebih bermakna dengan kebersamaan.


Bukan, kebersamaan bukannya bermaksud bersama-sama secara fizikal. kebersamaan atau kebergantungan yang sebenarnya lebih kepada hubungan psikologi kerana tak selamanya kita akan bertemu dan bersama sama dengan seseorang.


Setiap sesuatu yang dicipta Tuhan ada pasangannya yang tersendiri. Begitu juga dengan "Pertemuan" dan "Perpisahan". Dan semoga kebersamaan akan selalu ada bersama indahnya memori bersama yang terukir.


Manis ukhuwah dapat dirasa kerna madunya kasih sayang. Andai ianya telah binasa diri manusia hidup kesepian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...