07 November 2010

Kesan-kesan kalau Facebook ditutup..

ini adalah facebook.ada yang tak kenal??

Facebook dari segi bahasa ialah mukabuku. Dari segi istilah pula bermaksud ; sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc.(gigih gila aku copy dari wikipedia.haha!) 



Facebook(FB) la ni dah jadi macam satu keperluan pulak. Seolah olah FB tu dah macam di'wajib'kan untuk setiap orang. Kiranya sapa yang takdak FB ni akan di'bahan' secukopnya sehingga insan tersebut trauma seraya membuka akaun FB dengan serta merta.hahaha.

Even budak kecik umoq 7 tahun pon dah ada FB! woh~ dasyat.dasyat. Siap boleh add cekgu masingmasing pastu boleh puji profile pic cekgu..

"cekgu ni ensemla.." ,"ustaz ni machola.."..pastu ayat penyudah dia.."boleh tak cekgu buatkan homework saya?plizzz.." Ciss!

kiut bukan?

Makcik2 dan pakcik2 dan atuk2 serta nenek2 pon ada yang memiliki akaun FB..pastu mulalah buat status nostalgia:

"Teringat dulu2 petang2 macam ni slalu minum kopi sambil main dam aji dgn askar jepun..hmm..miss them soooo much..muahx" erk.

atau pon:

"Sakit mata aku tengok zaman skarang ni..banyak sgt kaler..kalau dulu2 snang, itam ngan putih je!huh~"

what??800 friend request?sumanya cucu aku?

Itulah penangan FB kepada semua lapisan masyarakat...tapi pernah tak kita terfikir 'KALAU KALAU' laman web FB tu tiba tiba ditutup secara mengejut? Mana nak pi tau kan.. kot kot la..

1) pengasas FB ni; Mark Zuckenberg ni putus cintan lalu frust meniarap,terus dia protes untuk tutop FB.
2) Mark Zuckenberg teringin nak tukar profesion jadi tukang urut ke,tukang berus gigi harimau ke..who knows?
3)Mark Zuckenberg hilang ingatan

dan banyak lagi kemungkinan yang tak dapat kita ramalkan..

Ok2.straight to the point.Dibawah ni ada beberapa kesan, akibat, efek, hasil, padah yang bakal berlaku 'KALAU KALAU' laman web FB ditutup secara mengejut:

1) Peminat tegar FB akan membuat rusuhan dimerata rata tempat. Rata ratanya mengambil keputusan untuk mogok kenyang.Iaitu makan tanpa henti.

2) Para 'stalker' akan hilang pekerjaan.Ambek ko.nak sangat jaga tepi kain orang.Kain aku pon ko pinjam.

3) Laki @ Pompuan yang tengah mengejas bakal awek@pakwe kat FB frust menonggeng.Nak nak pulak yang sipi sipi lagi nak dapat..aduss..

4) Pemilik laman web Friendster dan Myspace tersenyum riang lantas mengadakan kenduri kesyukuran

5) Businessman/woman yang buat FB sebagai medium untuk business mula buat akaun Friendster/Myspace. Nak cari makan le banggg..

6) Tiada lagi ungkapan 'Login FB dapat RM100' atau 'Login FB duit masyuk' atau 'Pakcik menang moto!'

7) Pekerja2 di pejabat mula buat kerja dengan bersungguh2.Sebelum ni asyek men Farmville je tym keja.Pastu bila bos mai buatbuat sebok.Plastik!

8) Kedai kedai mamak tidak lagi menjadi tempat per'FB'an..

9) Ramai yang terminate broadband sebab ada yang jenis beli broadband sebab nak bukak FB je!(ada ke yg jenis tu?)

10) Banyak persatuan macam 'Kami suka makan kicap','Kami benci lalat','Kami peminat mi segera' dan banyak lagi terpaksa dibubarkan.

11) Orang yang suka apdet status akan mencuba cara lain iaitu dengan mengapdet status secara lisan.Contohnya dengan menjerit kuatkuat : "Selamat pagi semua!!!" , "Bosanla..huhuhu!" , "Adoii!!tensyen tensyen" , "Saya nak pergi toilet,ade sape2 nak ikot x?hihi"

12) Ramai kawan kawan jauh @ lama akan lost contact..adoii..baru je jumpa kat FB..

13) Student akan tumpu perhatian time study.(ye ke?)

14) Pengunjung library akan berkurang. Sebab ada yang p library sematamata nak on9 FB je.Ciss!


Setakat tu saja yang dapat aku senaraikan.Rasanya banyak lagi kot efek kalau FB ni ditutup.Kalau hangpa ada idea gtaw aku.nanti aku tambah.haha. So,bersiap sedia.Sapa sapa yang takdak lagi Friendster, Myspace, Tagged, dan Hi5..sila buat. Jangan takut dibahan orang laen..

"Ek eleh..baru buat Friendster?kuno gila!"

"Mak aih?ko layan Myspace?bapak oldskul gila!"

"Pergh..kawankawan!tengok ni!kawan kita layan Friendster la..muahahaha"

Ya.anda mungkin berhadapan dengan situasi diatas.Teruskan niat murni anda itu.Banyakkan bersabar dengan cemuhan mereka. Ingatlah,anda mungkin boleh membahan mereka balik 'KALAU KALAU' FB ditutup.(kenapa tibatiba mood serius nih?hahaha)

Sekian.

p/s: tulisan diatas xbermaksud nak menghina sapasapa ok.tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang masih mati.

04 November 2010

Aktibiti pasca exam : istiadat pengsurprisean

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Apa khobar semua??  Khobar mansub wa 'alamatu nasbihi fathah zohiroh fi akhirihi..heheh. yaa.ini suma gara gara exam arab ye. 2 paper sudah abes. B.I ngan Arab. rasa risau jgak. awat bila bncang lpas exam jawapan aku lain drpd org lain?? aduss. sapa yang btol sbanqnya nih? aku ka depa? depa ka aku? x pon soalan 2 yg silap. x pon mayb soalan tu mmg ada 2 jawapan?ahhh. mestila jawapan aku yg btol..*cuba nak menenangkan hati*..bahkan jawapan dalam skema jawapan pon salah. yg btol ialah jawapan aku.yes.jawapan aku btol.hahaha~




Lpas ni plak paper Pend.Islam 1&2 ; paper yg aku dpt B pada sem lepas. Padan lah dgn muka. Org dok study ang tgok muvi. malam exam baru kalot nak baca. "dah tu? x reti reti nak insaf lagi?" "sabaq2..sabar itu separoh daripada iman.." jawabku dgn tenang.."tapi kan bertangguh itu amalan syaiton".erk. >.<" 

btul jugak cakap beliau. xpa. seminggu yang ada ni akan aku gunakan dengan penuh intergriti. ya. btol. intergriti. jangan tanya aku apa itu intergriti. aku pon x tau. yang aku taw aku akan study dengan penuh intergriti. ya. intergriti. jangan tanya aku apa itu intergriti. aku pon x tau. yang aku taw aku akan study dengan penuh intergriti. ya. intergriti. jangan tanya aku apa itu intergriti. aku pon x tau. yang aku taw aku akan study dengan penuh intergriti. ya. intergriti. jangan tanya jangan tanya aku lagi apa itu intergriti. sebab nanti post aku nih akan ulang ulang ayat yang sama macam ni.hahahaha.

"Seminggu weh. lama kot. xkan nak study.enjoy la dulu."(haisy.geleng2kan kepala) cis. sikit lagi nak terpngaruh. Ramai yg amek ksempatan balek rumah. dah rasa mcm cuti sem dah. ni yang buat aku rasa nak  angkut ja IPIS ni pindah p kedah. senang sket. boleh balik tiap tiap hari.huh. takpa takpa.org beriman selalu diuji.(apa kaitan?)

Ok2. ketepikan dulu kisah exam dan hal ehwal study, kang hilang plak mood aku nak karang post ni. Tengahari tadi, macam biasa, p lunch ngan kawan kawan. x sangka pulak, ada konspirasi yang dirancang tym tengah makan 2. dan jangan pulak tanya aku apa itu konspirasi. cepuk kang!

Nak dijadikan crita ari ni besday senior aku: Al akh Shahril..so member2 aku mrancang untuk menjalankan sebuah upacara pengsurprisean.. dah.dah.jangan tnya aku pulak pengsurprisean tu apa.malas aku nak layan.hahaha.

Berikut merupakan plot jalan cerita istiadat pengsurprisean td:

- Lepas lunch, p PKNS, pusing2 dalam tu tanpa arah tujuan sebab tggu Skuad Pembeli Kek siap menjalankan tugas. 

- Haziq p bawak saspek berjalan2 masuk kedalam kedai buku.

- Sementara Skuad Persiapan Tempat p setting tempat kejadian iaitu di fudkot PKNS. 

- Skuad Pembeli Kek sampai ditempat kejadian. 

- Saspek tiba di tempat kejadian. 

- Pengsurpisean berlaku dengan jayanya! :)




Kek yang ditaja oleh Resepi Rahsia


saspek sedang membedah siasat kek.

Ajai ; perancang konspirasi

ahli ahli konspirasi: Haziq.Acap.Pejal.Uwais

hakim dan saspek

 istiadat bertafakur sejenak merenung kek.
Acap: geram pulak aku tngok kek ni lelama. rse nak cincang 18 je.
Haziq: Isk3.Sob3. smpai ati ko nak cncang  kek 2 acap...aku nangis btol2 nih!
Hakim: Yes! gambaq aku masok!

Acap: Ahhh.aku x tahan lagi! kek ni mesti dibunuh skrg jugak!
Haziq: Aku x snggop nk tngok... T_T
Pejal: Lantak korg la..jnji aku bahagia..

Makan!!^^

Acap: Ko taw x aku smbelih kek 2 td x bca bismillah!
Haziq: Ah.ye ye je ko nih..kek ni cakap die dh smpat mngucap tym mati td..
Pejal: Lantak ko la...janji aku bahagia..

Pejal: Alamak! air dah abes! nak amek kek malu plak.Ahhh.makan je la straw nih!janji aku bahagia..

Wajah acap selepas bertempur dngan kek terbabit. Kuat betul kek tu melawan.
Uwais: Saya selaku pngadil mengisytiharkan bahawa esok raya.
Pejal: Lantak korg la..jnji aku bahagia...

Hakim: Aku elegik sket dgn kek ni.
Abg Shahril: Ada aku kesah?

Abg Shahril: Nah le rasa sket..sdap nih! kek prisa tomyam!
Hakim: Eh..takpa.takpa.bahaya mkn kek ni..bleh kna demam denggi klu makan!

Abg Shahril: Ahh.bnyk la ang pnye denggi! nah mkn nih! 
Acap: Ahhh! ko dduk diam2! kang aku simen ko kt sini!

Hakim: huu~ aku tlah dinodai oleh sketul kek..isk3.
Abg Shahril: Sabaq2 hakim. bunga bukan sekuntum.kek bukan sepotong...

Yess..itu sahaja gambarajah yang sempat dirakam. Mana gambaq aku?haha. dah aku yang tukang amek gambaq. mana nak ada gambaq aku. takpa2.kalau nak sgt gambaq aku nanti aku pos.hahaha. Konpius jugak nih.Ni besday abg shahril, tp awat hakim dan aku yg kena??hahaha. xpa2. ada ubi ada batas.ada kek boleh balas. 

Sekian.

قال رسول الله (ص):لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri."

p/s: Manis ukhuwah dapat di rasa.Kerna madunya kasih sayang : Zulfan-Manis Ukhuwwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...