22 November 2010

Dr. Rozmey & 2 Alam diserang!!

السلام عليكم

Sapa dah tengok 2 alam?? bukan 2 alam yang binatang amfibia tuh..adoiyai.. ni filem 2 Alam la..Filem ni diterbitkan oleh dR Movie sdn.bhd yang dimiliki oleh tidak lain dan tidak bukan; Dr. Rozmey @ DDR, yang jugak pengasas syarikat herba prima marketing. Ala..yang selalu masok iklan dalam sotkabar Metro,dll..dengan produknya yang paling femes, Jusmate5. Dasyat kan? daripada seorang doktor, pastu jadi usahawan, pastu jadi penerbit filem. pergh. senang cerita, DDR ni dah sampai tahap artis ataupon selebriti. woh~ dasyatdasyat.

Filem 2 Alam ni semakin meletop2 sekarang ni. Sejak dari promosi sampaila ke hari tayangan filem tu, ada ja komen,kritikan dan tak kurang jugak kutukan, makian serta cacian terhadap filem dan promosi filem tu sendiri.

1)Promosi yang melampau. Bukak harian metro ja ada muka DDR tengah promosi filem tu sambil pegang kotak Jusmate5. Nak promot filem ke produk? -_-"

DEGUP JANTUNG Rakyat Malaysia Terhenti dR. Rozmey : apakah???

2)Poster 2 Alam yang dkatakan ditiru dari filem luar. Tapi poster tu dah dibuat semula lepas tu. Poster baru ni lagi bes! gambaq pelakon takdak lansung. Yang ada cuma gambaq hensem DDR.

 sapa tiru sapa ni? mesti la produser barat yang tiru poster 2 Alam...kan? *bersangkabaik*
 
poster baru 2 Alam :D

3) DDR yang selalu muncul pon kekadang boleh buat orang meluat gak rasanya. Daripada poster sampai la kepada iklan, promosi filem dan jugak patung2 kertas kat luar pawagam semuanya muka DDR. 


4) Target beliau yang sangatsangat tinggi. Mengikut data yang aku kaji*ecewwah*..tiaptiap tahun kutipan filem tempatan berjumlah 38-40 juta. dalam setahun ada +-25 filem. Maksudnya purata kutipan sebuah filem = 1.6juta.(data dari FINAS) Agak agak mampu ka 2 alam menyamai rekod kutipan 25 buah filem? samasama kita nantikan. *winkwink*

First day dah 2 juta? betoi ka? Kat sini cakap RM80000 ja. =)

5)Ingatkan filem ni filem seram. Rupanya filem pasai 'kakak-kakak'.Cis.

Tapi aku rasa yang paling kena kutuk la ni ialah penerbit filem tu, DDR. Dan post aku kali ni bukannya nak buat review pasal filem tuh. hisy. tak kuasa i nak tengok filem tu taw. wahaha. aku nak cerita pasal fenomena 2 Alam di FB.

Banyak groupgroup ditubuhkan dalam FB bagai CENDAWAN selepas hujan cthnya; Kami tak suka Dr. Rozmey yang angkuh,Kami Kena Block Dengan Datuk Dr Rozmey,Kami Tidak Menonton Filem 2 Alam utk Menyumbang 20 Juta Kepada dr Rozmey dan banyak lagi group2 lain.

Yang bestnya, sekarang ahli group2 seramai (+-13000 dan bertambah) ni semua berpakat menyerang page rasmi DDR. Cuba try bukak tengok page tu! Try refresh banyakbanyak kali. mesti ada post yang kejap ada kejap takdak. haha. Betapa pantas dan efisyennya pengendali page DDR mendelete post2 yang cuba 'bergurau' dengan DDR.Siap block orang yang 'bergurau' tu lagi!.wakaka~

serangan bertubitubi

DDR tertipu dengan pertanyaan seorang 'peminat'nya yang konon2 berminat tentang produknya..haha

 sekali lagi tertipu.. -_-"

lagi sekali...

 lagi serangan bertubi2

 "dgn JM5 dan gain 5 ...anda boleh berubah dan bertukar ALAM...2 alam...hanya dari ddr" - statement dari pihak DDR kah ini?hahaha


Tak cukup dengan tu, depa pakatpakat nak serang page DDR pada pukul 12tengah malam secara serentak. Aku sendiri tengok perkembangan aktiviti tersebut semalam.haha. Efeknya, pada pukul 12.02 tengah malam, page DDR telah di'deactivate' buat sementara waktu.Hanya beberapa orang ja yang sempat 'bergurau' dengan DDR semalam. Gila kau. Suma jumlah ahli group2 tu +- 13 ribu orang. Lets say cuma separuh saja ahli group tu serang serentak. Still ada 6.5 ribu post untuk didelete. 6 ribu terlampau banyak? Ok2 katakanla cuma 10% ja yang serang. Jumlahnya 1300. Pergh.banyak lagi kot. Buleh putus jari nak mendelete post2 'gurauan' tuh.wahaha~

Setakat ni aku tak join pon upacara 'bergurau' dengan DDR tuh.hahaha. aku just perhati dan tergelak sorangsorang bila baca 'gurauan' depa dengan DDR. eh bergurau pulakk. Tapi aku dah join page tu! kira macam aku dah bersubahat la pulak.adess.. =( 

Untuk makluman, sebuah page yang bertujuan membela  DDR; Kami tak suka page "Dr. Rozmey yang angkuh" yang suka menghina orang , baru saja ditubuhkan dengan bilangan ahli seramai 14 orang!


Goodluck DDR!

p/s: Bagi aku, tak salah nak target tingi tinggi. Tapi agak agak la kan.  Jangan cakap besar. Ukur baju di badan sendiri. Baju bukan main lawa lagi.haha



ولا تمشي في الارض مرحا انك لن تخرق الارض ولن تبلغ الجبال طولا

dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong, kerana Sesungguhnya Engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan Engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (Al Isra':37)

20 November 2010

Surat untuk encik Bill Gates : terjemahan ke Bahasa melayu

السلام عليكم

Hangpa pernah baca tak pasai surat kepada Bill Gates? kalau tak pernah baca sila baca kat bawah ni. Tapi surat tu dalam bahasa inggris. What will happen if the letter translated to Malay language?(ingat aku tak reti cakap tulis omputeh ka?hahaha.ntah betol ke tak aku translate tu?hentam je lah!)

kali ni aku akan translatekan suqat tu ke bahasa melayu.hahaha. baca jangan tak baca! ayat-ayat tu ada yang aku ubah sikitsikit(banyak jugak la!muahaha) sesedap rasa dan seikot suka aku sebab nak bagi senang faham.hehe


From : Mr. Suresh Singh, India
To: Mr. Bill Gates of Microsoft
Subject: Problems with my new computer
---------------------------------------------------------------------------
Dear Mr. Bill Gates,
We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice.


1) There is a button ’start’ but there is no ’stop’ button. We request you to check this.

2) We find there is ‘Run’ in the menu. One of my friends clicked ‘run’ he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to ’sit’, so that we can click that by sitting.

3) One doubt is whether any ‘re-scooter’ is available in system? I find only ‘re-cycle’, but I own a scooter at my home.

4) There is ‘Find’ button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ‘ find’ button, but was unable to trace. Please rectify this problem.

5) My child learnt ‘Microsoft word’ now he wants to learn ‘Microsoft sentence’, so when you will provide that?

6) I brought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows ‘MY Computer’ when you will provide the remaining items?

7) It is surprising that windows says ‘MY Pictures’ but there is not even a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.

8) There is ‘MICROSOFT OFFICE’ what about ‘MICROSOFT HOME’ since I use the PC at home only.

9) You provided ‘My Recent Documents’. When you will provide ‘My Past Documents’?

10) You provide ‘My Network Places’. For God shake please do not provide ‘My Secret Places’. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

11) Why is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS

-----------------------------------------------------------------------
VERSI BAHASA MELAYU

Daripada : Mr. Suresh Singh, India
Kepada: Encik Bill Gates
Perkara: Masalah masalah yang saya dapat kesan dalam komputer baqu saya!
---------------------------------------------------------------------------
Kehadapan Encik Bill Gates,

Saya ada membeli komputer baru. Tapi saya peqasan ada beberapa masalah kat komputer tu. Saya mintak kerjasama daqi tuan untuk mengenalpasti masalah berikut:

1) Saya heqan betoi la. Butang ‘start’ ada. Tapi butang ‘stop’ takdak pulakdah! Heran,heran.. dah tu camna nak beqenti? Mintak tolong peqati sat no..

2) Kami peqasan ada ‘run’ kat Menu tuh! Satu hari tuh, memba saya klik ‘run’, dia tequih pi laqi ke Amritsar(nama tempat kat India).. isy,isy,isy.. kami rasa encik kena tukaq run tuh jadi ‘sit’. Senang sikit kami nak klik button tuh sambil duduk. Ni tak! Asyik kena tekan sambil lari. Memba saya tu sampai ke hari ni tak balikbalik agi!

3) Saya dok was-was ni. Saya dok cari ‘re-sccooter’ dalam system yang encik buat ni. Ada ka takdak? ‘re-cycle’ tu ada la..tapi saya takmau yang re’cycle’ tu! Saya nak re-scooter jugak sebab kat rumah saya ada sebijik scooter.

4) Butang ‘Find’ ada disediakan dalam system ni..tapi macam tak buleh guna ja..hari tu bini saya ada hilang kunci.. pastu saya pon try la cari guna system encik ni..tapi tak jumpajumpa jugak kunci tu.haih. Mintak encik selesaikan masalah ni cepat. Sampai la ni bini saya tak jumpa lagi kunci dia tu.

5) Anak saya dah belajaq ‘Microsoft word’, la ni dia makin terer dah, jadi, dia nak belajaq ‘Microsoft sentence’ la pulak. Agak agak bila encik nak buat software tu? Jangan lupa, buat jugak Microsoft Paragraph, Microsoft Essay, Microsoft Novel dan yang sewaktu dengannya.

6) Hari tu saya beli computer, CPU,mouse dengan keyboard. Tapi dalam system encik ni Cuma ada ‘My Computer’ ja! Bila encik nak sediakan 'My cpu', 'My mouse', 'My keyboard' dan yang seangkatan dengannya?

7) Tekejut saya bila tengok ada folder tulis ‘My Pictures’. Tapi haram! Takdak pon gambaq saya! Bila encik nak bubuh gambaq saya dalam tu?

8) Microsoft office ada la dalam tu, tapi macam mana pulak dengan Microsoft Home? Ada ka dak software Microsoft Home tu? Sebab saya guna PC saya kat rumah ja..

9) Encik ada sediakan 'My Recent Document, agak agak bila encik nak sediakan ‘My Past Documents’?(yang ni aku tak reti nak tokok tambah.wahaha.)

10) Dalam system encik ni ada ‘My Network Places'. Tapi saya mintak tolong sangat dengan encik, tolong la jangan sediakan 'My Secret Places'. Saya takot bini saya tau saya pi mana lepas balik opis. Kalau dia tau, mampuih saya.pliss~

11) Ni soalan last saya. Saya heqan betoi la dengan encik ni..nama encik gates(pintu pagaq) tapi awat encik bagi nama kat system ni WINDOWS(tingkap)? Len kali pakai la nama sendiri..baru femes sket nama encik tu…Microsoft Gates.peh! tak ke sedap tu? Lain la kalau nama encik tu Bill Door ke..agak pelik la.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...