23 January 2011

Anda kenal Najwa Latif? Kalau tak kenal sila baca. Kalau kenal please read.

Hoh. Najwa Latif? Sapa tu? Adik Fauziah Latif ke? tak pon sepupu Fauziah Gous. Tak pon anak Fauziah Nawi. Ataupon menantu Fauziah... Eh eh. awat yang tetiba sebut semua spesies Fauziah ni?? Ok. Kembali kepada tajuk asal.

Siapa Najwa Latif? Ya? Saudara di hujung sana nak mencuba agaknya? Yes! tepat sekali. Beliau adalah seorang manusia. Ofkos la kan. Jarang sekali kita jumpa buah buahan mahupun kuih muih yang berjenama Najwa Latif. Motif.

Sebenaqnya aku pon baru ja kenal dengan Najwa Latif ni. Waktu tu aku tengah tunggu bas dengan machonya, dan dia tiba tiba mai nak mintak nombor fon aku. Ok. Sila percaya. Actually, aku baru kenal budak ni kelmarin. Tu pon sebab tertengok video Najwa Latif ni kat laptop clasmet merangkap jiran sebelah bilik aku.

 wajah saspek (gambar dicilok dari FB fanpage najwalatif)

Najwa Latif ni sebenaqnya seorang artist Youtube. Sedap woh suara dia. Ada rasa macam Prosperity Burger sikit sikit. Dan yang paling unik ialah dia pandai main gitar. ala ala Yuna ngan Ana Rafali gitu. Setakat ni dia dah ada 5 bijik gitar. Aku pon kadang kadang pandai gak main gitar. Main ketuk ketuk, lambung lambung, sepak sepak je la kan. Yang paling unsangkarable ialah umur Najwa Latif ni baru 16 tahun! Pergh. Tak lama lagi rasanya budak ni dah boleh masok mainstream macam Yuna jugak kot.

Ok. tu serba sedikit tentang Najwa Latif sebagai penyanyi. Selain jadi artist Youtube, dia jugak ada blog. Ha. bab ni yang aku jeles tahap gaban ni. Cuba bayangkan. Dalam masa sehari dia dah dapat 502 follower. diulangi. 502 follower! diulangi lagi sekali! 502 follower! pergh. pergh. dan pergh lagi.



Satu lagi benda yang aku respek pasal budak ni. Walaupon umur dia baru 16 tahun, tapi cara dia menulis blog tak macam sesetengah budak yang sebaya dengan dia. Maksudnya perkataan yang dia tulis semua penuh penuh. Tak banyak singkatan. Senang nak baca. 

Biasew lar 2. ta kn kowunk ta prasan, ad owg y hoby dy sukew tlis mcm nie jew knon2 sbb na bg nmpk pndek n sng d bcew n kdg2 ad owg sukew tlis camniew sbb bilew tlis camniew bwu  nmpk cute n tomei gitewww. ta tao napew aq pown trikut jugark ngan style diowg niew. ciap tlis 1 prenggn lak tew~ haha

Haisy. orang yang macam tu patot dibagi minum air rebusan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kelima ja..

Eh eh. dah terkeluaq topik ni. Kat mana kita tadi? Ha... ya ya. topik Najwa Latif kan? Ok ok. ekceli, lepas aku dapat tau pasal budak cute sorang ni, aku pon search dan terjumpak la dengan blog dia ni. selongkar punya selongkar, aku terbaca yang dia nak buat performance kat UKM. pergh. dekat je la dengan tempat aku ni. Malam tu terus aku ngan member member aku pi UKM. Nak tengok Najwa Latif live punya pasal. Siap amek gambaq lagi dengan Najwa Latif. Aku berkecuali. Malu. Konon konon.

Najwa Latif live @ UKM (ni pon dicilok dari FB fanpage najwalatif)

Okeh. tu ja kot. Nak cerita lebih lebih bayarla! hahha. joke~

p/s: Ini ada lagi satu entry pasal si Najwa Latif ni.

11 komen:

MAKCEK bukan NENEK said...

kenal kenal kenal !
gila perghh suara dia .
kali petama denga terus suka . heheh
blog dia tuh x silap bru je kan buat tp dah rmai follower .x lama lagi bley ganti artis utube yg lain lah .heheh

.:: Zul ::. said...

memang perghh la kan?haha

Nur said...

pergh gile ah follower mencurah2 ke ladang gandum betul

tomatokering :) said...

glamer dia sekarang kan :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

kenal jg..tapi kakD tak ingat la buka blog sapa yg tunjuk n tngk video dia...memang mantop la...

.:: Zul ::. said...

@Nur mmg dasyat la sehari bleh dpt 500 kn?haha

.:: Zul ::. said...

@tomatokering :)ha'ah.siap perform merata2 dah..

.:: Zul ::. said...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ ala..kat youtube ada..search je nama dia..

sAyOobAeQ said...

kau jadi la artis youtube gak.haha kot2 dapat 1000 terus.lagi pergh!aha

aku singgah blog kau,semata2 nak baca pasal najwa haha.pergh!

nona said...

saya kenal!saya kenal! haha. comel je dulu kat sekolah masuk TIGS idolmasa dia lower form. :) sedap habes kot.

BeritaKini said...

Najwa Latif peminat saya. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...