17 November 2011

Pesanan buat Pak Ustaz

Ustat, ustat, ustat,

Apa kau ingat kau ustat kau dah hebat?
Kat facebook sakan ber'chit chat'
Dengan siapa, sendiri mau ingat,
Dosa pahala kau tak hengat?

Ustat, ustat, ustat,

Konon di facebook kau la hebat,
Pantang ada artikel semua kau  shared,
Padahal kau baca pun cuma sekerat,
Dengan harapan ada ustazah kiut 'add'.

Ustat, ustat, ustat,

“Ukhuwah fillah Abadan abada”
Itu janji dengan kawan-kawan,
Tapi bila ‘gewe’ dah ada,
Kawan sekelas kau sanggup ketepikan.

Ustat, Ustat, Ustat

Konon cinta selepas kahwin,
"Ana nak bina baitul muslim",
Padahal hakikatnya bukan main,
SMS makwe tiap tiap time.

Ustat, ustat, ustat,

Alhamdulillah, isu semasa semua kau 'update',
Yang tak bestnya baca sikit terus menghukum,
Bukannya nak kaji serba sedikit,
Bila mintak ulas, kau cakap "Err,takpela. ada keja ni. Assalamualaikum."

Ustat, ustat, ustat,

Orang ada persatuan kau pun nak berpersatuan,
Katanya "hidup tanpa jamaah boleh jadi tak keruan"
Sorang sorang kat bilik filem 'biru' kau layan,
Itu ke 'tarbiah' dalam persatuan?

Ustat, ustat, ustat,

Bila tiba isu hina agama,
"Ini tak betul!, yang ini salah!"
Kau maki sini kau maki sana,
Mana pergi slogan "Da'wah bil hikmah"?

Ustat ustat, ustat,

Dapat gaji saving sikit sikit,
Dengan harapan kereta boleh tukar bodykit,
Gaji tak cukup mula la kau nak bingit,
Bawak bawak la faham erti ikhlas sikit...




Pesanan buat diri aku, serta semua orang yang menggalas ‘title’ Ustaz atau Ustazah. Berat rasanya bahu nak pikul ‘title’ ni sampai hujung nyawa. Buat apa pun orang tengok, dengan harapan Pak Ustat ni boleh bagi contoh terbaik untuk ikutan.

Tapi hakikatnya, Pak Ustat ini juga manusia. Ustazah tudung labuh juga manusia. Dan seperti manusia manusia lain, kami juga diuji. Bahkan mungkin lebih berat ujiannya.

Namun, Pak Ustat, dan Ustazah, jangan jadikan alasan ujian yang lebih berat dari orang bukan ustaz dan ustazah tu sebagai alasan untuk kita biarkan diri kita hanyut. Tapi seharusnya; semakin berat ujian kepada kita, kita perlu lebih kuat. Lebih kuat mujahadah melawan General Syaitan yang dihantar.

Allahumma la tuzigh qulubana. Ba’da iz hadaitana. Wahablana min ladunka rohmah. Innaka anta-al wahhaab.

Amiin.



13 November 2011

Mampukah aku?

Hari ni tiba tiba ada semangat baru muncul dalam diri aku. Semangat nak sambung belajar.

Heran sungguh. Exam esok lusa entah ke mana. Study pun malam exam. Study last menet. Haih. Susah betoi nak buang habit dari zaman sekolah ni. Tak boleh ubah. mungkin tu cara aku study. Walaupun pelik, sekurang kurangnya dengan cara study tu la yang bawak sambung belajar kat sini. Alhamdulillah.

Aku tengah survey untuk sambung belajar di Universiti Malaya. Cadangnya nak buat PJJ. Pengajian Jarak Jauh. Diploma Pengajian Syariah. Insyallah.

Untuk rujukan sapa sapa yang berminat. :

http://www.umcced.edu.my/DIP/Syariah.html

Tapi, ada 'tapi'nya. Rasanya macam berat. Diploma ada 6 sem. sama dengan jumlah semester yang masih berbaki di sini. Persoalannya, boleh ke aku buat semua tu?

Dengan esaimennya, dengan programnya, dengan praktikumnya, dengan segala bagai MQA, ISO nya.

Allah. mampu ke aku buat semua tu dalam masa yang sama?

Ikut hati memang teringin sangat sangat nak belajar kat UM tu. Sekurang kurang nya aku boleh sibukkan diri dengan benda yang berfaedah di hujung minggu.

Sekurang kurangnya bertambah jugak ilmu aku yang superduper-cetek ni.

Sekurang kurangnya ada benda lain yang boleh aku fikirkan selain tengok muvi, main fesbuk, main game.

Sekurang kurangnya aku boleh ubah jadual weekend aku yang tak lebih dari bangun lewat-keluar makan-balik-tengok muvi-fesbuk-keluar makan malam-tengok muvi-fesbuk-tidur lewat-bangun lewat.

Sekurang kurangnya merasa jugak aku untuk masuk 'U'.


dan kalau bukan sekarang, bila lagi? Lepas grad? Lepas grad posting entah kemana. Sabah? Sarawak? Kelantan? Kedah?

Bila kerja sibuk dengan kerja. Sambil kerja, sibuk dengan urusan macam macam. Sempat ke nak sambung belajar balik?

Memang membuak buak sangat perasaan nak belajar sambil belajar ni.

Tapi, mampukah aku?

09 November 2011

Aku perlukan kamu

Manusia merupakan insan sosial yang tak dapat hidup secara bersendirian. Semua individu diatas muka bumi Tuhan ini bergantung kepada individu lain untuk hidup dengan sempurna. Terutamanya dalam proses pembelajaran. Pembelajaran yang paling asas dan semula jadi adalah melalui proses peniruan. 


Fakta ini aku dapat ketika menelaah buku Murid dan Alam Belajar. 


Bagi sesiapa yang belajar di IPG (Institut Pendidikan Guru dahulunya dikenali dengan Maktab Perguruan) mesti dah lali dengan subjek ni. Lusa nak exam baru nak study. Jangan tiru aksi ini. :)


Tiba tiba dapat ilham untuk menulis tentang kebergantungan kita terhadap orang lain atau dengan erti kata lain; kebersamaan. Menurut fakta yang ditulis diatas, kita sebagai manusia memang tak akan lari dari berhubung, berinteraksi. berkomunikasi dengan orang lain.

Dari sudut pendidikan, memang terang lagi bersuluh, kita perlukan orang lain untuk berjaya.  Tak ada orang berjaya dengan usaha sendiri. Ya, Ini serius. Tak pernah ada orang yang berjaya dengan usaha sendiri. Contoh? 


Jika kita mengaku yang kita berjaya dengan usaha sendiri, study baca buku sampai lewat malam, buat nota, hafal nota dan akhirnya berjaya mendapat straight A atau 4flat, 


lupakah kita kepada usaha keras si penulis buku yang kita baca?


lupakah kita kepada si syarikat pembekal kertas yang membekalkan kertas kertas yang kita guna? 


lupakah kita kepada si pekerja kilang lampu yang menyediakan lampu dan membolehkan kita study dengan selesa ketika larut malam?



Tidak kira dengan keluarga, kawan-kawan, pasangan ataupun masyarakat sekeliling. Kebersamaan adalah hal yang sangat penting dan perlu diambil berat kalau kita masih berhajat nak meneruskan hidup. Buang ego. Buang bongkak. Buang hidung tinggi. Hidup lebih bermakna dengan kebersamaan.


Bukan, kebersamaan bukannya bermaksud bersama-sama secara fizikal. kebersamaan atau kebergantungan yang sebenarnya lebih kepada hubungan psikologi kerana tak selamanya kita akan bertemu dan bersama sama dengan seseorang.


Setiap sesuatu yang dicipta Tuhan ada pasangannya yang tersendiri. Begitu juga dengan "Pertemuan" dan "Perpisahan". Dan semoga kebersamaan akan selalu ada bersama indahnya memori bersama yang terukir.


Manis ukhuwah dapat dirasa kerna madunya kasih sayang. Andai ianya telah binasa diri manusia hidup kesepian.

24 October 2011

Kenapa aku tak ber-couple?

Alhamdulillah, masuk hari ni genap umur aku 20 tahun. Sudah masuk ke fasa puluh. Tiada lagi belas belas. Oh, dah tua rupanya aku. Tapi tak apa. orang kata 20-an ni masih remaja. Kan?

Soalan soalan cliche yang biasa aku dengar pada usia usia macam ni biasanya; "Bila nak kawen?", "Ai, ustaz,ustaz dah ada ustazah ke belum?", ataupun "Aik,jalan sorang ja? mana awek hang?"

Yang pertama sekali, aku mintak maaf kepada penanya penanya soalan tu. Mungkin jawapan yang akan aku beri akan mengecewakan mereka. Mungkin jawapan yang akan aku beri diluar jangkaan mereka. Dan mungkin jawapan yang akan aku beri akan dianggap pelik oleh mereka.

Dan jawapan aku adalah; Aku tak ada awek.

Ya, anda boleh baca ayat dia atas berulang ulang kali kalau tak percaya. Percayalah. Dalam usia 20-an ni aku masih tak ada insan disisi yang bergelar awek,kekasih,gewe,sayang,anje,baby,babygirl, dan yang semaksud dengannya.

Apa aku ni tak normalkah? Jangan risau. Aku masih normal dan semestinya aku bukan sonsang. Na'uzubillah.

Dah kalau normal jadi kenapa tak kapel? Patutnya usia usia macamni la orang cari jodoh, cari peneman dikala duka lara, cari penyuntik semangat, cari pengubat rindu, cari penawar hati dan macam macam lagi.

Kawan kawan sebaya dan yang lagi muda dari aku dah 3-4 kali clash. Maybe ada yang sampai berpuluh kali clash. Ada yang berkepit dengan 3-4 orang serentak Ada yang berskandal sana sini. Terbaru, sorang kawan sekolah aku dah kahwin. Lagi hebat, ada junior aku pun dah kahwin dan dah dapat anak pun.

So, boleh ke aku hidup tanpa couple atau berpasangan dalam usia macam ni?

Jawab aku mudah. Alhamdulillah aku masih hidup dan tak pernah rasa macam nak nazak sebab tak couple.

Aku tak nafikan yang hati kecik aku ni memang meronta ronta mintak dicarikan pasangan. Lubang dalam hati aku memang berdegup degup mintak diisi dengan sesuatu yang boleh memenuhi ruang kosong yang ada. Taktaulah kosong kat mana. Mungkin hujung hujung aorta atau dekat dengan left ventricle, atau mungkin ditengah tengah diantara right dan left atrium. Siapa tahu?

Dalam hal ni, aku tak boleh nak marah gumpalan daging sebelah kiri dada aku ni. Beliau tak bersalah.

Memang Tuhan ciptakan kita berpasang pasangan. Memang Tuhan suntikkan kasih, cinta, sayang dalam diri semua manusia. Bahkan binatang pun ada semua perasaan tu. Jadi siapa aku nak menepis dan menolak semua  tu kan?

Cuma aku ada prinsip. Prinsip ni la yang aku pegang dan prinsip ni la yang buat aku tak couple couple sampai sekarang:

1. Aku tak bersedia. Bagi aku, couple tu dah macam persediaan nak kahwin. Sejujurnya aku memang tak sedia lagi nak kahwin. Baik dari segi mental, fizikal, kewangan, ilmu, semangat. Semuanya aku tak ready lagi. Bukan 100% tak ready,tapi aku tengah mempersiapkan diri ke arah tu. Dan bila aku betul betul ready nanti barulah aku akan mula mencari.

Contoh yang tepat dan simple yang aku boleh analogikan kat sini adalah sebuah rumah. Rumah yang masih dalam pembinaan boleh ke kita panggil dia sebagai rumah? Ya. boleh. Cuma namanya adalah 'Rumah Tak Siap'. Bolehke kita tinggal dirumah tu? Ya, boleh. Tapi tanggung la sendiri akibatnya. Faham? Cubalah tanya couple couple yang berdating kat mana mana. Ada ke yang betul betul dah redi nak kahwin? Yang lelakinya duit nak belanja pun harapkan PTPTN, ni kan pulak nak bela anak orang. Yang perempuan pulak silap silap SPM pun tak lepas lagi. Ready-kah mereka nak tempuh alam baru tu?

2. Sebab kedua aku tak couple adalah sebab membazir. Membazir masa dan membazir duit. Bagi aku, buat apa membazir semua ni untuk orang yang tak konfem lagi jadi milik kita. Bayangkan beratus ratus atau beribu  duit habis buat belanja awek, beli hadiah, topup. Weekend keluar dating. Bergayut berjam jam kat telefon. Last last kahwin dengan orang lain. Rugi. Ya. memang kita tak tau siapa jodoh kita. Dah kalau taktau sapa jodoh kita yang gatal bazirkan semua tu buat apa?

Aku tak sanggup nak bazir semua tu. Aku jugak takmau si dia membazir benda yang sama kat aku. Jadi biarlah aku single. Baik aku kumpul duit apgred motor ke, tukar lens kamera ke, takpon menabung siap siap untuk duit kahwin. Tak gitu?

3. Senang cerita aku ni jenis memilih. Eh. aku ada banyak pilihan. Hak aku la nak pilih sapa sapa pun kan? Lumrah manusia nak yang sempurna. Baik laki atau perempuan. Kedua dua nak yang terbaik untuk pasangan hidup.

Jadi sekarang, biarlah aku 'usya' dari jauh dulu. Tengok dulu kelakuan orang yang aku minat tu. Kalau kalau ada yang tak ngam dengan aku. Nanti kahwin, menyesal tak sudah. Walaupun dalam hati ni ya Tuhan, Dia saja yang tahu.

4. Ini satu lagi masalah. Hati senang berbolak balik, berbelah bahagi, bersimpang siur dan macam macam lagi. maksudnya? Ni ha. hati ni. senang sangat minat kat orang tu, suka kat orang ni. Sampai kadang kadang aku konfius. Apa beza minat, suka, cinta dan sayang? Aku percaya, bukan aku sorang yang rasa macamni. Lelaki, perempuan. Sama ja. Sebab tu dalam dunia ni ada istilah macam curang, skandal, cerai, pisah, clash dan macam macam lagi. Semua ni puncanya satu. Hati yang berbolak balik.

Aku mengaku. Dalam hati memang aku ada 'crush','admire' atau ringkasnya perempuan yang aku minat. Eleh, semua orang mesti ada 'crush' punyalah. Jangan tipula. Minat gila. Suka tengok kelakuan dia. Baik. Sopan. Solehah. Tapi. Kadang kadang bila nampak perempuan lain yang lagi cantik atau better sikit dari dia, terus hati aku berubah. Itu yang aku risau. Itu yang buat aku cancel dari nak luahkan isi hati aku. Takut. Takut dia teraniaya. Tak kurang jugak takut di'reject'.

Pernah aku dengar ungkapan menarik. Bunyinya macamni; "Kalau anda suka 2 orang pada masa yang sama dan keliru nak memilih yang mana satu, maka pilihlah yang kedua. Kerana jika anda betul betul cintakan yang pertama, maka pastinya tiada yang kedua." Mendalam maksudnya.

5. Asbab kelima kenapa aku tak 'couple' ni adalah aku takut dengan fitnah orang. Yelah. dah kalau aku 'declare' couple dengan sorang ni, mesti la orang akan tengok macamana hubungan aku dengan dia. Bila orang tengok, otomatik mereka akan komen. Kalau tak banyak, sikit. Mesti punyalah. Alah. Macam aku jugak. Tengok orang tu couple dengan orang ni, mesti nak bergosip. Dah tak pasal pasal dosa kering.

Memangla orang yang memfitnah tu yang dapat dosa, dan orang yang kena fitnah tu dapat pahala (kalau boleh sabar la). Tapi masalahnya ada ke orang dalam dunia ni yang suka difitnah? Kalau dapat pahala pun, kita tetap tak suka difitnah. Jadi, aku ambik jalan selamat untuk tak couple. Elakkan kontrovesi bodoh.

6. Yang terakhir, sebab aku tak couple adalah kerana aku sayang dia. Tapi aku hanya mampu sayang dari jauh. Hanya mampu pendam rasa dalam hati. Biarlah rasa sayang tu nak masak ranum ke, berulat ke. Biarla orang nak kata aku penakut ke, janji aku buat apa yang aku rasa betul.

Sebab sayang, aku tak berani nak dekati dia, takut orang mengata dia berhubungan dengan aku yang tak seberapa perangainya ni. Sebab sayang jugak aku simpan rasa ni sebab aku takmau cemarkan ke-solehah-an dia dengan mendalah couple ni. Dan sebab sayang jugak aku simpan hasrat nak luah isi hati aku ni sebab takut kalau kalau dia bukan ditetapkan untuk aku.

Biarlah, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada, biar dia bahagia dengan hidup dia, dan aku akan cuba bahagia dengan hidup aku.

Alhamdulillah. setakat ni aku boleh kawal perasaan aku ni. Ke depan ni tak tau la. Harap harap ditetapkan hati ni. Moga allah tetapkan hati yang selalu berbolak balik ni.

Amiin.

04 October 2011

Dosa

Pernah buat dosa? Mesti pernah. Kan? Aku pun pernah. Selalu. Bukannya nak bangga.

Pernah rasa menyesal buat dosa? Mesti pernah. Bahkan selalu. Bagus. Aku pun sama.

Pernah rasa nak bertobat? Mesti la pernah jugak. Kan?

Tapi masalahnya bila dah taubat. Habit buat dosa tu muncul semula. Kan? Setan punya setan! Nak marahkan setan ke nak marah diri sendiri? Itu yang aku rasa sekarang.

Hidup dalam hipokrit. Luar mungkin orang nampak baik. 'Mungkin' la. Padahal. Hidup bergelumang dengan benda jahat. Dah terbiasa dengan benda jahat sampai benda jahat jadi macam benda baik. Benda dosa tu macam dah jadi rutin,norma hidup,habit. Tak suka tapi dalam masa yang sama buat jugak.

Buat benda jahat tak malu. Nak buat benda baik malu. Takut dikata orang tunjuk baik. Takut dipercik perasaan riak. Rasanya biar ada sedikit riak dari tak beramal lansung. Kan?

Alasan konon 'masih nak mencari identiti' rasanya tak boleh pakai dah. Alasan konon 'Oh hari ni aku buat,esok kompom aku tak buat dah' dah tak boleh pakai. Alasan konon 'Ah, orang bukannya tau pun' pun tak boleh pakai.

Jeles. Ya. Kadang kadang jeles. Malu. Ya. Kadang kadang malu. Jeles dan malu dengan rakan rakan sebaya yang fikrahnya lebih matang. Jeles dan malu dengan rakan rakan yang konsisten dengan amal mereka.

Tapi aku. masih takuk lama. Masih sama. Orang kata iman manusia yazid wa yanqus. Tapi aku rasa aku punya yanqus dan yanqus. Ya Tuhan. Ketika menulis ni pun rasa macam hipokrit sangat. Hipokrit yang infiniti.

Mengadu pada Tuhan. Tapi diri masih jahat. Tak malu.

Sungguh. sungguh lah hati ni sangat senang dibolak balikkan. Ya Tuhan. Tetapkanlah hati aku ya Tuhan.

02 October 2011

7 Petala Hati

Ini bukan blog baru. Blog Lama. Cuma URL dan tajuk blog yang berubah. Sapa sapa yang dapat tau apa URL lama aku tu nasiblah. Yang taktau pun, nasiblah. Dan mungkin kandungan kandungan dalam ni pon berubah jugak. 

Malu bila baca balik entry entry lama. Rasa macam bodoh. Geli pulak bila baca. Sebab tu aku dah delete hampir separuh entri entri lama aku. 

Mula mula blogging jadi hobi lepas SPM. Memang aktif. Aktif sungguh. Walaupun follower ada 20 orang macam tu ja. Dengan blogging waktu tu aku dapat buat kawan. Berbalas komen walaupun dengan orang yang sama. Walaupun orang tu kawan sekolah sendiri. Tapi dengan blogging ni kami jadi rapat. Waktu tu tulis pasal hidup sendiri ja.

Seronok bila ingat balik waktu tu kan Pakleh? Ingat lagi hang pernah tulis entry sedih sebab aku nak tinggai hang kat matrik. Rugi aku tak copy dan save entry tu. First first aku baca entry tu mata aku berkaca! Lepas tu hang tutup blog. Senyap. 

Kemudian semangat balik nak blogging. Letak iklan. Sat guna nuffnang. Sat tukaq pi advertlets. Modified blog. Letak kod macam macam. Singgah blog orang tu. Singgah blog orang ni. 

Konon nak tambah follower. Konon nak tambah side income. Cari tips blogging sana sini. Tengok isu semasa. Cari isu hangat. Gosip apa yang best. Konon nak naikkan rating blog. Last last semangat mampos!

Ini kali kedua semangat aku bangkit nak menulis. Tapi kali ni bukan sebab iklan nak buat duit ke apa! Semangat kali ni sebab aku tau blogging ni hobi aku. 

Blog aku yang lepas gagal sebab aku fikir nak naikkan rating blog ja. Jadi, kawan kawan, tetapkan satu tujuan. Nak blogging atau nak cari duit? Fokus yang penting.

Kali ni biar tak ada pembaca. Biar follower tak bertambah. Biar ranking Alexa corot or whateva. Aku terus menulis. Insyallah. 

Dengan url baru, tajuk baru,genre baru dan mungkin fikrah baru,

Blog ni akan jadi diari hidup aku. Suka atau tak suka ini blog aku.


*please, kepada kawan kawan aku yang baca blog aku. Jangan mention lansung nama,isi,tajuk atau apa apa yang berkaitan dengan blog aku kat depan aku. Tak suka. Tak selesa.

29 March 2011

Jadi cikgu sangat best

Yes. itulah tajuk perbincangan kita hari ni ye tuan tuan dan puan puan. Sebab apa aku cakap macam tu? sebab aku dah takdak idea dah nak tulis apa untuk entry terbaru aku. heheh. Tapi ini bukan cakap cakap kosong okay. Aku cakap berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Unit Research N Development blog aku sendiri. peh.

Kalau tak percaya sila tengok sendiri bukti yang aku dapat! kalau tak percaya lagi toloongla buat buat percaya weiii..



Ha. nampak? nampak? dalam banyak banyak entry aku, entry pasal tawaran nak jadi cekgu ni la yang paling top. Baru post dalam 21 hari dah 900 lebih pageview dah. Kalah Dr. Rozmey. Sory ye dokter, Saya tau doktor boleh, cuba lagi! mungkin dokter boleh dapat 40juta pageview? Siapa tahu? Dengan jusmate5 segalanya mungkin! Tiba tiba ja jusmate5 pulak kan.

Dengan gambaq diatas, sudah terbukti ramai orang yang berminat nak jadi cekgu. Saya sudah. Anda bila lagi? :D

Sekian

08 March 2011

Permohonan Online Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) sudah dibuka !

Perhatian kepada para pelajar lepasan SPM  yang berminat dengan profesyen keguruan, atau kepada pelajar yang tak minat tapi dipaksa, atau kepada parents yang berhajat nak menjadikan anak mereka seorang guru ! :p

Permohonan untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM [KPLSPM] kini dibuka !

Antara syarat kelayakan untuk mengikuti program ini ialah :

1) Warganegara Malaysia.

2) Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.

3) Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

4) Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum

5) Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga matapelajaran DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:

-Bahasa Melayu

-Sejarah

-Satu matapelajaran yang lain serta

-LULUS Bahasa Inggeris


Cara memohon:

1) Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011. Sebarang surat menyurat, poskad memoskad, surat layang mahupun layang layang adalah tidak diterima.

2) Beli no. PIN yang berharga RM6.00 kat manamana mesin ATM Bank Simpanan Nasional. Bagi yang dah ada akaun BSN boleh gak guna BSN Internet Banking atau BSN SMS Banking.

3) Sorang boleh memohon sekali ja. Ini bukan pertandingan teka silang kata. Mohon banyak banyak kali tak bermakna anda akan terpilih. Calon dipilih berdasarkan kelayakan.

4) No. PIN yang dibeli boleh digunakan untuk menyemak dan mengemaskini permohonan. Proses kemaskini hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja. Buat Solat Sunat Istikhoroh dulu sebelum pilih program. Kang tak memasal menyesal.

Maklumat lanjut sila klik SINI

31 January 2011

[ Gambar-gambar ] Rusuhan di Mesir

Sebelum tu, sila baca entry aku pasal keadaan kat Mesir dulu...



























Rusuhan di Mesir !

Kecoh di Mesir berlaku rusuhan. Rusuhan menentang pemerintahan Hosni Mubarak. Ini ialah gelombang revolusi rakyat menentang kerajaan yang dikatakan sebagai ejen Israel dan US. Rakyat Mesir mengambil langkah untuk membuat rusuhan sepertimana yang dilakukan jiran mereka, Tunisia. Kuasa rakyat memang memainkan peranan yang besar. Sangat sangat besar.


gelombang rakyat
 
Menurut bacaan aku, Hosni Mubarak dah memerintah Mesir selama 30 tahun. Dan sepanjang 30 tahun ni, dia memerintah secara diktator. Dikatakan jugak Hosni Mubarak ni seorang pemerintah yang kejam dan jugak perampas harta rakyat. Tolong jangan set minda kita bahawa semua yang tinggal kat tanah arab tu semua orang baik baik. Untuk pengetahuan, pihak berkuasa Mesir pernah menyekat bantuan makanan yang dihantar kepada penduduk Palestin ketika berlaku pergolakan di Palestin sendiri.

Rasanya rakyat Mesir dah muak dengan cara pemerintahan Hosni Mubarak. Mungkin mereka mula sedar tentang hubungan baik antara Husni Mubarak dan Benjamin Netanyahu. Oh. Lupa. Mungkin ada diantara kita yang tak kenal sapa tu Benjamin Netanyahu. Sila berkenalan dengan Benjamin Netanyahu dan konco konconya terlebih dahulu. Tak kenal maka tak benci.

Ok. tu ringkasan serba sedikit tentang apa yang belaku kat Mesir sana. Lain lain berita sila cari sendiri. Sila cari sumber selain dari akhbar akhbar mainstream Malaysia. Akhbar akhbar kita tengah berpesta dengan kemenangan di DUN Tenang. Akhbar akhbar kita tengah sibuk bercerita tentang perpisahan Fasha Sandha dan hukuman Ariel Peterpan.

Alhamdulillah, Blogger blogger  kita banyak yang post entry pasal ni. Ada yang ambik sumber direct dari rakyat Malaysia yang menetap kat sana. Berita depa lebih jelas dan terperinci. At least dapat jugak kita tau perkembangan di sana. Terbaru, pada pukul 5 petang tadi dijangka berlaku rusuhan besar di Mansoura.

Aku percaya, mesti ramai dikalangan kita yang ada kenalan kat Mesir tu. Tak kira lah, ayah/ ibu/ anak/ suami/ isteri/ tunang/ bakal tunang/makcikpakciksepupusepapat/ kawan  sekalipon. Mesti sangat risau kan? Oh, sori. Sangat sangat risau. Harap harap kerajaan kita ambik langkah yang bijak dalam hal ni.

update 03:41pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

update:
mansurah:
1)rusuhan besar dijangka akan berlaku pada pukul 11 pagi mesir (5 petang malaysia)
2) balai polis telah dikuasai orang jahat, senjata dan pakaian polis dirampas, orang jahat menyamar sebagai polis dan mula bermaharajalela di mansurah
3) mansurah isyhtihar "kod oren", mereka sedang berkemas (packing) untuk meninggalkan negeri tersebut bila tiba masanya
4) maklumat dari informer kami, setakat ni tiada kemalangan utk pelajar malaysia di mansurah, cuma ada pelajar indonesia yg terkena tembak, itu sahaja


tanta:
1`)catuan bekalan air dan elektrik berlangsung
2) text message dari kawan :
a)"sy bru dpt txt dari kwn kt tanta, katenye ad student kne tembak kt kki, kne peluru sesat"
-sy ex-cairo (anonymous)
b) kwn sy dr tanta kate. da ade 12 kete kebal kt sne. n ade my fren. dye dpt cntct dgn stdnt   kt sne. dye ckp da ade sorg stdnt msia kene tembak kt kaki. kene peluru sesat~
-zera syahira-




kaherah:
1)hari lepas-kenderaan polis dan tentera dimusnahkan
2)hari ini- tentera take over city, control keadaan, setakat ni keamanan dan keselamatan semakin pulih


airport:
1) semenjak tentera mesirkembali berkuasa, kaunter check in dibuka semula.
2) banyak departure gate di open smula


alexandria:
1) keadaan semakin bertambah baik untuk pelajar malaysia (dari segi keamanan)
2) harga barang naik, kedai tutup, pelajar kesempitan wang untuk mendapatkan keperluan asas
3) bekalan letrik dan air masih lagi berfungsi (bagi area as safirah, tempat lain tak pasti lagi)
Berita kat atas tu aku ambik dari SINI. Sumber yang aku ambik tu selalu update. Kalau nak tau perkembangan kat mesir boleh baca kat situ.

Kesimpulan yang kita boleh buat kat sini, Orang yang berbuat jahat memang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal. Kalau tak didunia, diakhirat. Ini bukan hukum karma. Ini hukum Allah. Satu lagi, walaupun dari segi logik akal Perdana Menteri tu orang yang paling berkuasa dalam negeri, tapi ,sebenaqnya rakyat lebih berkuasa daripada PM. rakyat boleh jatuhkan PM bila bila masa sekalipun. Ingat. Bila bila masa. 

Ok. cukup setakat tu. Aku dah start rasa pelik bila tulis ayat ayat serius dan skema macam ni. Ah. peringatan. Ini bukan Merapu. Ini betul betul!

23 January 2011

Anda kenal Najwa Latif? Kalau tak kenal sila baca. Kalau kenal please read.

Hoh. Najwa Latif? Sapa tu? Adik Fauziah Latif ke? tak pon sepupu Fauziah Gous. Tak pon anak Fauziah Nawi. Ataupon menantu Fauziah... Eh eh. awat yang tetiba sebut semua spesies Fauziah ni?? Ok. Kembali kepada tajuk asal.

Siapa Najwa Latif? Ya? Saudara di hujung sana nak mencuba agaknya? Yes! tepat sekali. Beliau adalah seorang manusia. Ofkos la kan. Jarang sekali kita jumpa buah buahan mahupun kuih muih yang berjenama Najwa Latif. Motif.

Sebenaqnya aku pon baru ja kenal dengan Najwa Latif ni. Waktu tu aku tengah tunggu bas dengan machonya, dan dia tiba tiba mai nak mintak nombor fon aku. Ok. Sila percaya. Actually, aku baru kenal budak ni kelmarin. Tu pon sebab tertengok video Najwa Latif ni kat laptop clasmet merangkap jiran sebelah bilik aku.

 wajah saspek (gambar dicilok dari FB fanpage najwalatif)

Najwa Latif ni sebenaqnya seorang artist Youtube. Sedap woh suara dia. Ada rasa macam Prosperity Burger sikit sikit. Dan yang paling unik ialah dia pandai main gitar. ala ala Yuna ngan Ana Rafali gitu. Setakat ni dia dah ada 5 bijik gitar. Aku pon kadang kadang pandai gak main gitar. Main ketuk ketuk, lambung lambung, sepak sepak je la kan. Yang paling unsangkarable ialah umur Najwa Latif ni baru 16 tahun! Pergh. Tak lama lagi rasanya budak ni dah boleh masok mainstream macam Yuna jugak kot.

Ok. tu serba sedikit tentang Najwa Latif sebagai penyanyi. Selain jadi artist Youtube, dia jugak ada blog. Ha. bab ni yang aku jeles tahap gaban ni. Cuba bayangkan. Dalam masa sehari dia dah dapat 502 follower. diulangi. 502 follower! diulangi lagi sekali! 502 follower! pergh. pergh. dan pergh lagi.



Satu lagi benda yang aku respek pasal budak ni. Walaupon umur dia baru 16 tahun, tapi cara dia menulis blog tak macam sesetengah budak yang sebaya dengan dia. Maksudnya perkataan yang dia tulis semua penuh penuh. Tak banyak singkatan. Senang nak baca. 

Biasew lar 2. ta kn kowunk ta prasan, ad owg y hoby dy sukew tlis mcm nie jew knon2 sbb na bg nmpk pndek n sng d bcew n kdg2 ad owg sukew tlis camniew sbb bilew tlis camniew bwu  nmpk cute n tomei gitewww. ta tao napew aq pown trikut jugark ngan style diowg niew. ciap tlis 1 prenggn lak tew~ haha

Haisy. orang yang macam tu patot dibagi minum air rebusan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kelima ja..

Eh eh. dah terkeluaq topik ni. Kat mana kita tadi? Ha... ya ya. topik Najwa Latif kan? Ok ok. ekceli, lepas aku dapat tau pasal budak cute sorang ni, aku pon search dan terjumpak la dengan blog dia ni. selongkar punya selongkar, aku terbaca yang dia nak buat performance kat UKM. pergh. dekat je la dengan tempat aku ni. Malam tu terus aku ngan member member aku pi UKM. Nak tengok Najwa Latif live punya pasal. Siap amek gambaq lagi dengan Najwa Latif. Aku berkecuali. Malu. Konon konon.

Najwa Latif live @ UKM (ni pon dicilok dari FB fanpage najwalatif)

Okeh. tu ja kot. Nak cerita lebih lebih bayarla! hahha. joke~

p/s: Ini ada lagi satu entry pasal si Najwa Latif ni.

07 January 2011

Oi ! aku dah masok degree oi !

Orang laen dah masok degree berkurun dah pon. Ibarat ayam bertelur sebijik riuh sekondominium betoi. Lebih kurang seminggu lebih tak menaip entry baru. Mungkin sebab internet slow kalau nak banding dengan kat rumah tym cuti hari tu kot. Kalau kat rumah, masuk bilik ja on laptop, belek FB, terus bukak blog, blogwalking sana sini, update entry pon kerap. Nak buat camna. dah internet laju! tak kan nak sia sia kan kelajuan tu pulak kan? Tapi yang bestnya, walaupon blog jarang jarang bukak la ni, still tiap tiap hari ada orang yang sudi follow blog ni.hihi. Tq2~ nanti kalau internet stabil aku folo balik ye..

Dah cukup seminggu aku masuk semester baru! Dengan ini aku secara rasmi,sah dan otomatiknya telah pon bergelar seorang pelajar tahun 1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. hoh. dengaq macam grand ja.

Alhamdulillah. dah masok sem baru, kelas baru, awek subjek pon baru, cara belajaq pon baru.

Kat bawah ni aku listkan subjek subjek yang aku belajaq sem ni. kot kot la.. ada orang yang baca blog aku ni terbukak hatilimpajantungparuusus nak jadi cekgu ke...ataupon yang berhajat dan minat nak jadi cekgu tetiba tak jadi sebab tengok subjek2 yang pelik pelik ni ke...ataupon yang berhajat nak suruh adik/anak/cucu/tunang/haiwan ternakan jadi cekgu ke...ataupon yang dah habes study dan rasa rasa macam berhajat nak jadi pensyarah subjek subjek ni ke...ataupon yang tak berhajat apa apa tapi tetiba rasa macam nak menghabiskan masa baca entry aku ni, sila teruskan niat serta usaha murni anda. Dan bagi sapa sapa yang rasa macam nak melepaskan hajat sila pergi ke tandas dengan kadar yang segera.

Subjek subjek PISMP Semester 1 :

1) Pedagogi Pendidikan Islam
2) Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam
3) Perkembangan Kanak kanak
3) Falsafah Pendidikan Kebangsaan
4) Pengurusan Gerko
5) TITAS
6) English Language Proficiency
7) Dah cukup la tu...bukannya larat nak belajaq banyak banyak...ngeh3~

Kalau sem sem lepas banyak belajaq subjek subjek asas macam ulum hadis,tafsir,feqah,aqidah n dll, sem ni pulak banyak subjek subjek yang berkaitan dengan pendidikan serta pendidikan islam khususnya.

Ye la..dah nak jadi cikgu pendidikan islam, mesti la belajaq dulu sukatan sukatan @ silibus silibus pendidikan islam ye tak? Lainla kalau nak jadi cikgu sekolah memandu mahupon seorang guru silat, sah sah la tak payah dah nak belajaq subjek subjek kat atas tu.

Mintak mintak la aku tak dak apa apa problem tym belajaq subjek subjek kat atas tu. Amiiinn.. Takot tengok tajuk subjek tu. Nampak macam serius sangat. Rawr! =.="


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...