07 January 2011

Oi ! aku dah masok degree oi !

Orang laen dah masok degree berkurun dah pon. Ibarat ayam bertelur sebijik riuh sekondominium betoi. Lebih kurang seminggu lebih tak menaip entry baru. Mungkin sebab internet slow kalau nak banding dengan kat rumah tym cuti hari tu kot. Kalau kat rumah, masuk bilik ja on laptop, belek FB, terus bukak blog, blogwalking sana sini, update entry pon kerap. Nak buat camna. dah internet laju! tak kan nak sia sia kan kelajuan tu pulak kan? Tapi yang bestnya, walaupon blog jarang jarang bukak la ni, still tiap tiap hari ada orang yang sudi follow blog ni.hihi. Tq2~ nanti kalau internet stabil aku folo balik ye..

Dah cukup seminggu aku masuk semester baru! Dengan ini aku secara rasmi,sah dan otomatiknya telah pon bergelar seorang pelajar tahun 1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. hoh. dengaq macam grand ja.

Alhamdulillah. dah masok sem baru, kelas baru, awek subjek pon baru, cara belajaq pon baru.

Kat bawah ni aku listkan subjek subjek yang aku belajaq sem ni. kot kot la.. ada orang yang baca blog aku ni terbukak hatilimpajantungparuusus nak jadi cekgu ke...ataupon yang berhajat dan minat nak jadi cekgu tetiba tak jadi sebab tengok subjek2 yang pelik pelik ni ke...ataupon yang berhajat nak suruh adik/anak/cucu/tunang/haiwan ternakan jadi cekgu ke...ataupon yang dah habes study dan rasa rasa macam berhajat nak jadi pensyarah subjek subjek ni ke...ataupon yang tak berhajat apa apa tapi tetiba rasa macam nak menghabiskan masa baca entry aku ni, sila teruskan niat serta usaha murni anda. Dan bagi sapa sapa yang rasa macam nak melepaskan hajat sila pergi ke tandas dengan kadar yang segera.

Subjek subjek PISMP Semester 1 :

1) Pedagogi Pendidikan Islam
2) Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam
3) Perkembangan Kanak kanak
3) Falsafah Pendidikan Kebangsaan
4) Pengurusan Gerko
5) TITAS
6) English Language Proficiency
7) Dah cukup la tu...bukannya larat nak belajaq banyak banyak...ngeh3~

Kalau sem sem lepas banyak belajaq subjek subjek asas macam ulum hadis,tafsir,feqah,aqidah n dll, sem ni pulak banyak subjek subjek yang berkaitan dengan pendidikan serta pendidikan islam khususnya.

Ye la..dah nak jadi cikgu pendidikan islam, mesti la belajaq dulu sukatan sukatan @ silibus silibus pendidikan islam ye tak? Lainla kalau nak jadi cikgu sekolah memandu mahupon seorang guru silat, sah sah la tak payah dah nak belajaq subjek subjek kat atas tu.

Mintak mintak la aku tak dak apa apa problem tym belajaq subjek subjek kat atas tu. Amiiinn.. Takot tengok tajuk subjek tu. Nampak macam serius sangat. Rawr! =.="


20 komen:

husnaradzi said...

cikgu pendidikan islam ?
uslaz la kan kan .heheh
sama la baru masuk degree jugak nih.huhu

Amiey White said...

bakal ustaz :) semoga berjaya amin...

Mek Onie said...

wahhhh tahniah eh.meaw diploma pon tak abeh lagi :D

Puan Besar Shag Yahaya said...

Wahh~ Shag tak smbg lagi. Sedih nya!

Tahu tak, tahu tak? KFCM dan Elia KAHWIN ??!!

Zulkifly Omar said...

sama larrr huhu baru masuk degree seminggu... ngeee... buang satu 'p'

Rina Rossoneri said...

selamat meneruskan ijazah..hehehe

Naim Jr said...

Wah! UStaz Zulfikri!

-apis- said...

walaupon x kenal tp tetiba rasa nk komen plak..haha
smoga berjaya dlm degree anda..cuma tertarik bilangan sbjek anda sem ni..6 sbjek,teringt zaman2 junior dlu..compare dgn org sini skrg hanya 2 sbjek ja,kls 2 hari smggu..terasa bertuah jgk (jgn heran plak sbb org sini dh nk abes std dh)..hahaha
all the best bakal ustaz =)

Cik Ros said...

same la...saye pn br start pismp...

Z.Z said...

@MAKCEK bukan NENEK eh? sama? ustaz gak ke?haha

Z.Z said...

@Amiey White tq2^^ aminnn..

Z.Z said...

@meaw xpa..yg pnting blajaq.. :D

Z.Z said...

@Shag rlax2..slow2 la..hihi

Z.Z said...

@Zulkifly Omar yeah.katakan tidak pada 'p'!!haha

Z.Z said...

@rossoneri ya2..orait boss.. :D

Z.Z said...

@Suara Maya haha!

Puan Besar Shag Yahaya said...

haha. Zul orang pertama cakap jujur dgn Shag. Shag tahu ramai yg sangka Shag lelaki. Kiki :D

Btw, dah setahun Shag duduk rumah. Dapat UiTM hari tu, tapi last minute tolak. Sebab nak sambung tempat lain yg offer kos Shag minat. Haip~

Z.Z said...

@-apis- uahh..2 hari j klas??jeles2..tp sstem IPG mmg brbeza dgn U...nway tq n gudluck jgak. :D

U.Y.A said...

gud luuuucckk!!

Solihin Zubir said...

woahh2.. tahniah2..
smoga terus berjaya mencapai matlamat hidup.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...