02 December 2010

Negeri Kedah akan bergabung semula dengan Pulau Pinang ???

Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang


ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.


Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.


“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.


“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.


Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.


Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.


Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.


“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.


Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.


“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.-sumber dari Utusan Malaysia Online.

Ingat lagi tak sejarah pasai Kedah dan Penang ni?? Aku pon tak ingat sangat bila aku belajaq pasai ni..tapi ada la jugak ingat sikitsikit. Sultan Kedah waktu tu menyerahkan Pulau Pinang yang waktu tu dimiliki oleh Kesultanan Kedah kepada British sebab nak suruh British protect(wahhh..i spiking inglish u know...wahahah) Kedah dari serangan Burma dan Siam. Tapi betoi ka apa yang aku tulis ni?? wahaha~

British gagal menolong Kedah waktu tu. Cubaan Sultan Kedah nak dapatkan balik Pulau Pinang gagal. Tapi Kesultanan Kedah diberi wang pampasan 10000 dolar setahun sampai la ke hari ni..

Tapi yang herannya awat Kerajaan Pusat yang bayaq kat Kedah sekarang?? Kenapa British tak bayaq? adakah kerajaan Pusat yang menjajah Pulau Pinang satu ketika dahulu? Apakah?Ah. takkan orang tanah melayu nak jajah tanah melayu sendiri? Arghhh.tolong! tolong!. tetiba ja tensyen ye. wahaha~ sori la aku ni rabun sejarah. Ok la tu. jangan buta sejarah sudah.ngeh3

Tu cerita sebelom merdeka. Bila dah merdeka, Pulau Pinang tetap tak dikembalikan kepada Kedah, dan Pulau Pinang pulak menjadi seketul negeri yang lain. Agaknya pasal tu la PSMCK cadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan dan bergabung balik dengan Kedah.

Bila sebut pasal BERGABUNG ni aku teringat kat satu benda..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



bergabong!!! ngeh3. tua tua bangka pon ingat Dragon Ball lagi!ngek.



p/s: Sejarah itu fakta. Walaupun subjek Sejarah itu agak boring(ngeh3~), tanpa sejarah, kita takkan tau sapa kita. Islam jugak menggalakkan umatnya untuk mengetahui dan meneladani sejarah umat umat dulu kala. 1/6 daripada kandungan Al-Quran adalah sejarah. Ingat tu Muhamad Adif! Kaf.Ba.Ro.Kaf.Alif.Ta.Nuuun... apadia? keberkatan...bagus,bagus. Wahaha~

Kesian.eh eh. Sekian.



11 komen:

nanad said...

info yang menarik :)

Nur said...

bergabunng~!!!igt dragon ball jgak..hahaha

Pija Madzlan said...

alhamdulillah le obsesi suami ahkak kepada Dragon Ball telah berkurang 100%..awal2 kawin adalah sangat bengkek tgk dia layan komik dan TV cerita yang tak munasarawak langsung tu

noreed said...

sukar nak realisasikan gabungan tu, sbb masing2 dah ada pentadbiran sendiri. mcm sudah terlambat jer...

Unknown said...

bgus entri ni

bergabung! hehehe

Z.Z said...

@nanad hee..tq2^^

Z.Z said...

@Nur wahaha.ingatkn aku sorg ja yg tringtkn DB..ngeh3~

Z.Z said...

@Sitisifir10 takpa kak..tu maksudyna suami akak tu normal..hihi

Z.Z said...

@noreed ha'ah..btol2..kang xpasai2 ada dua orang mnteri..hahah

Z.Z said...

@alinac lover yess.bercantumm!! :D

Ain Zulaikha said...

bergabung....! hahha dah macam cerita kartun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...