09 November 2011

Aku perlukan kamu

Manusia merupakan insan sosial yang tak dapat hidup secara bersendirian. Semua individu diatas muka bumi Tuhan ini bergantung kepada individu lain untuk hidup dengan sempurna. Terutamanya dalam proses pembelajaran. Pembelajaran yang paling asas dan semula jadi adalah melalui proses peniruan. 


Fakta ini aku dapat ketika menelaah buku Murid dan Alam Belajar. 


Bagi sesiapa yang belajar di IPG (Institut Pendidikan Guru dahulunya dikenali dengan Maktab Perguruan) mesti dah lali dengan subjek ni. Lusa nak exam baru nak study. Jangan tiru aksi ini. :)


Tiba tiba dapat ilham untuk menulis tentang kebergantungan kita terhadap orang lain atau dengan erti kata lain; kebersamaan. Menurut fakta yang ditulis diatas, kita sebagai manusia memang tak akan lari dari berhubung, berinteraksi. berkomunikasi dengan orang lain.

Dari sudut pendidikan, memang terang lagi bersuluh, kita perlukan orang lain untuk berjaya.  Tak ada orang berjaya dengan usaha sendiri. Ya, Ini serius. Tak pernah ada orang yang berjaya dengan usaha sendiri. Contoh? 


Jika kita mengaku yang kita berjaya dengan usaha sendiri, study baca buku sampai lewat malam, buat nota, hafal nota dan akhirnya berjaya mendapat straight A atau 4flat, 


lupakah kita kepada usaha keras si penulis buku yang kita baca?


lupakah kita kepada si syarikat pembekal kertas yang membekalkan kertas kertas yang kita guna? 


lupakah kita kepada si pekerja kilang lampu yang menyediakan lampu dan membolehkan kita study dengan selesa ketika larut malam?



Tidak kira dengan keluarga, kawan-kawan, pasangan ataupun masyarakat sekeliling. Kebersamaan adalah hal yang sangat penting dan perlu diambil berat kalau kita masih berhajat nak meneruskan hidup. Buang ego. Buang bongkak. Buang hidung tinggi. Hidup lebih bermakna dengan kebersamaan.


Bukan, kebersamaan bukannya bermaksud bersama-sama secara fizikal. kebersamaan atau kebergantungan yang sebenarnya lebih kepada hubungan psikologi kerana tak selamanya kita akan bertemu dan bersama sama dengan seseorang.


Setiap sesuatu yang dicipta Tuhan ada pasangannya yang tersendiri. Begitu juga dengan "Pertemuan" dan "Perpisahan". Dan semoga kebersamaan akan selalu ada bersama indahnya memori bersama yang terukir.


Manis ukhuwah dapat dirasa kerna madunya kasih sayang. Andai ianya telah binasa diri manusia hidup kesepian.

1 komen:

Anonymous said...

suka dengan ayat terakhir tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...