13 November 2011

Mampukah aku?

Hari ni tiba tiba ada semangat baru muncul dalam diri aku. Semangat nak sambung belajar.

Heran sungguh. Exam esok lusa entah ke mana. Study pun malam exam. Study last menet. Haih. Susah betoi nak buang habit dari zaman sekolah ni. Tak boleh ubah. mungkin tu cara aku study. Walaupun pelik, sekurang kurangnya dengan cara study tu la yang bawak sambung belajar kat sini. Alhamdulillah.

Aku tengah survey untuk sambung belajar di Universiti Malaya. Cadangnya nak buat PJJ. Pengajian Jarak Jauh. Diploma Pengajian Syariah. Insyallah.

Untuk rujukan sapa sapa yang berminat. :

http://www.umcced.edu.my/DIP/Syariah.html

Tapi, ada 'tapi'nya. Rasanya macam berat. Diploma ada 6 sem. sama dengan jumlah semester yang masih berbaki di sini. Persoalannya, boleh ke aku buat semua tu?

Dengan esaimennya, dengan programnya, dengan praktikumnya, dengan segala bagai MQA, ISO nya.

Allah. mampu ke aku buat semua tu dalam masa yang sama?

Ikut hati memang teringin sangat sangat nak belajar kat UM tu. Sekurang kurang nya aku boleh sibukkan diri dengan benda yang berfaedah di hujung minggu.

Sekurang kurangnya bertambah jugak ilmu aku yang superduper-cetek ni.

Sekurang kurangnya ada benda lain yang boleh aku fikirkan selain tengok muvi, main fesbuk, main game.

Sekurang kurangnya aku boleh ubah jadual weekend aku yang tak lebih dari bangun lewat-keluar makan-balik-tengok muvi-fesbuk-keluar makan malam-tengok muvi-fesbuk-tidur lewat-bangun lewat.

Sekurang kurangnya merasa jugak aku untuk masuk 'U'.


dan kalau bukan sekarang, bila lagi? Lepas grad? Lepas grad posting entah kemana. Sabah? Sarawak? Kelantan? Kedah?

Bila kerja sibuk dengan kerja. Sambil kerja, sibuk dengan urusan macam macam. Sempat ke nak sambung belajar balik?

Memang membuak buak sangat perasaan nak belajar sambil belajar ni.

Tapi, mampukah aku?

2 komen:

a.s.m.a said...

bagus ada semangat tu..

time muda2 ni nak cari ilmu sebenarnya , bila dah makin berusia , keupayaan nakk menghafal + studi sudah downgrade sikit , jadi agak susah. so sementara ada minat dan ada daya usaha , baik teruskan niat baik tu ^^

apa2 pun , cuba minta petunjuk dari ALLAH , kerana DIA yang lebih mengetahui kemampuan kita lebih dari diri kita sendiri..

all d best !! ^^

peRmaTa_ aGamA said...

salam alaik..

insyaAllah..mohon pada Nya agar dpermudahkan segala urusan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...