17 November 2011

Pesanan buat Pak Ustaz

Ustat, ustat, ustat,

Apa kau ingat kau ustat kau dah hebat?
Kat facebook sakan ber'chit chat'
Dengan siapa, sendiri mau ingat,
Dosa pahala kau tak hengat?

Ustat, ustat, ustat,

Konon di facebook kau la hebat,
Pantang ada artikel semua kau  shared,
Padahal kau baca pun cuma sekerat,
Dengan harapan ada ustazah kiut 'add'.

Ustat, ustat, ustat,

“Ukhuwah fillah Abadan abada”
Itu janji dengan kawan-kawan,
Tapi bila ‘gewe’ dah ada,
Kawan sekelas kau sanggup ketepikan.

Ustat, Ustat, Ustat

Konon cinta selepas kahwin,
"Ana nak bina baitul muslim",
Padahal hakikatnya bukan main,
SMS makwe tiap tiap time.

Ustat, ustat, ustat,

Alhamdulillah, isu semasa semua kau 'update',
Yang tak bestnya baca sikit terus menghukum,
Bukannya nak kaji serba sedikit,
Bila mintak ulas, kau cakap "Err,takpela. ada keja ni. Assalamualaikum."

Ustat, ustat, ustat,

Orang ada persatuan kau pun nak berpersatuan,
Katanya "hidup tanpa jamaah boleh jadi tak keruan"
Sorang sorang kat bilik filem 'biru' kau layan,
Itu ke 'tarbiah' dalam persatuan?

Ustat, ustat, ustat,

Bila tiba isu hina agama,
"Ini tak betul!, yang ini salah!"
Kau maki sini kau maki sana,
Mana pergi slogan "Da'wah bil hikmah"?

Ustat ustat, ustat,

Dapat gaji saving sikit sikit,
Dengan harapan kereta boleh tukar bodykit,
Gaji tak cukup mula la kau nak bingit,
Bawak bawak la faham erti ikhlas sikit...




Pesanan buat diri aku, serta semua orang yang menggalas ‘title’ Ustaz atau Ustazah. Berat rasanya bahu nak pikul ‘title’ ni sampai hujung nyawa. Buat apa pun orang tengok, dengan harapan Pak Ustat ni boleh bagi contoh terbaik untuk ikutan.

Tapi hakikatnya, Pak Ustat ini juga manusia. Ustazah tudung labuh juga manusia. Dan seperti manusia manusia lain, kami juga diuji. Bahkan mungkin lebih berat ujiannya.

Namun, Pak Ustat, dan Ustazah, jangan jadikan alasan ujian yang lebih berat dari orang bukan ustaz dan ustazah tu sebagai alasan untuk kita biarkan diri kita hanyut. Tapi seharusnya; semakin berat ujian kepada kita, kita perlu lebih kuat. Lebih kuat mujahadah melawan General Syaitan yang dihantar.

Allahumma la tuzigh qulubana. Ba’da iz hadaitana. Wahablana min ladunka rohmah. Innaka anta-al wahhaab.

Amiin.



5 komen:

Anonymous said...

Musafir Kehidupan- Masyaallah sgt menginsafkan.

Anonymous said...

stuju sgt part:

'bila dah ada gewe rakan sekelas kau tinggalkan'

=)

Sarah Azahar said...

=) very inspiring and menusuk kalbu ::

nina said...

Ini realiti. Hakikatnya mmg ramai ustat/ustazah skrg ni. Lebih2 lg mse gempa hrtu. Byk betul tweet n status update psl keinsafan. Itu semua bagus sebenarnya tp yg xbestnya esknya bila tsunami takda, ustat/ustazah smlm update status n tweet "dah lama tak mnja2 dgn bf/gf" Hmm

Anonymous said...

pak ustat...sampai sini sahajakah?? atau mmg dh xnk update?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...