22 November 2010

Dr. Rozmey & 2 Alam diserang!!

السلام عليكم

Sapa dah tengok 2 alam?? bukan 2 alam yang binatang amfibia tuh..adoiyai.. ni filem 2 Alam la..Filem ni diterbitkan oleh dR Movie sdn.bhd yang dimiliki oleh tidak lain dan tidak bukan; Dr. Rozmey @ DDR, yang jugak pengasas syarikat herba prima marketing. Ala..yang selalu masok iklan dalam sotkabar Metro,dll..dengan produknya yang paling femes, Jusmate5. Dasyat kan? daripada seorang doktor, pastu jadi usahawan, pastu jadi penerbit filem. pergh. senang cerita, DDR ni dah sampai tahap artis ataupon selebriti. woh~ dasyatdasyat.

Filem 2 Alam ni semakin meletop2 sekarang ni. Sejak dari promosi sampaila ke hari tayangan filem tu, ada ja komen,kritikan dan tak kurang jugak kutukan, makian serta cacian terhadap filem dan promosi filem tu sendiri.

1)Promosi yang melampau. Bukak harian metro ja ada muka DDR tengah promosi filem tu sambil pegang kotak Jusmate5. Nak promot filem ke produk? -_-"

DEGUP JANTUNG Rakyat Malaysia Terhenti dR. Rozmey : apakah???

2)Poster 2 Alam yang dkatakan ditiru dari filem luar. Tapi poster tu dah dibuat semula lepas tu. Poster baru ni lagi bes! gambaq pelakon takdak lansung. Yang ada cuma gambaq hensem DDR.

 sapa tiru sapa ni? mesti la produser barat yang tiru poster 2 Alam...kan? *bersangkabaik*
 
poster baru 2 Alam :D

3) DDR yang selalu muncul pon kekadang boleh buat orang meluat gak rasanya. Daripada poster sampai la kepada iklan, promosi filem dan jugak patung2 kertas kat luar pawagam semuanya muka DDR. 


4) Target beliau yang sangatsangat tinggi. Mengikut data yang aku kaji*ecewwah*..tiaptiap tahun kutipan filem tempatan berjumlah 38-40 juta. dalam setahun ada +-25 filem. Maksudnya purata kutipan sebuah filem = 1.6juta.(data dari FINAS) Agak agak mampu ka 2 alam menyamai rekod kutipan 25 buah filem? samasama kita nantikan. *winkwink*

First day dah 2 juta? betoi ka? Kat sini cakap RM80000 ja. =)

5)Ingatkan filem ni filem seram. Rupanya filem pasai 'kakak-kakak'.Cis.

Tapi aku rasa yang paling kena kutuk la ni ialah penerbit filem tu, DDR. Dan post aku kali ni bukannya nak buat review pasal filem tuh. hisy. tak kuasa i nak tengok filem tu taw. wahaha. aku nak cerita pasal fenomena 2 Alam di FB.

Banyak groupgroup ditubuhkan dalam FB bagai CENDAWAN selepas hujan cthnya; Kami tak suka Dr. Rozmey yang angkuh,Kami Kena Block Dengan Datuk Dr Rozmey,Kami Tidak Menonton Filem 2 Alam utk Menyumbang 20 Juta Kepada dr Rozmey dan banyak lagi group2 lain.

Yang bestnya, sekarang ahli group2 seramai (+-13000 dan bertambah) ni semua berpakat menyerang page rasmi DDR. Cuba try bukak tengok page tu! Try refresh banyakbanyak kali. mesti ada post yang kejap ada kejap takdak. haha. Betapa pantas dan efisyennya pengendali page DDR mendelete post2 yang cuba 'bergurau' dengan DDR.Siap block orang yang 'bergurau' tu lagi!.wakaka~

serangan bertubitubi

DDR tertipu dengan pertanyaan seorang 'peminat'nya yang konon2 berminat tentang produknya..haha

 sekali lagi tertipu.. -_-"

lagi sekali...

 lagi serangan bertubi2

 "dgn JM5 dan gain 5 ...anda boleh berubah dan bertukar ALAM...2 alam...hanya dari ddr" - statement dari pihak DDR kah ini?hahaha


Tak cukup dengan tu, depa pakatpakat nak serang page DDR pada pukul 12tengah malam secara serentak. Aku sendiri tengok perkembangan aktiviti tersebut semalam.haha. Efeknya, pada pukul 12.02 tengah malam, page DDR telah di'deactivate' buat sementara waktu.Hanya beberapa orang ja yang sempat 'bergurau' dengan DDR semalam. Gila kau. Suma jumlah ahli group2 tu +- 13 ribu orang. Lets say cuma separuh saja ahli group tu serang serentak. Still ada 6.5 ribu post untuk didelete. 6 ribu terlampau banyak? Ok2 katakanla cuma 10% ja yang serang. Jumlahnya 1300. Pergh.banyak lagi kot. Buleh putus jari nak mendelete post2 'gurauan' tuh.wahaha~

Setakat ni aku tak join pon upacara 'bergurau' dengan DDR tuh.hahaha. aku just perhati dan tergelak sorangsorang bila baca 'gurauan' depa dengan DDR. eh bergurau pulakk. Tapi aku dah join page tu! kira macam aku dah bersubahat la pulak.adess.. =( 

Untuk makluman, sebuah page yang bertujuan membela  DDR; Kami tak suka page "Dr. Rozmey yang angkuh" yang suka menghina orang , baru saja ditubuhkan dengan bilangan ahli seramai 14 orang!


Goodluck DDR!

p/s: Bagi aku, tak salah nak target tingi tinggi. Tapi agak agak la kan.  Jangan cakap besar. Ukur baju di badan sendiri. Baju bukan main lawa lagi.haha



ولا تمشي في الارض مرحا انك لن تخرق الارض ولن تبلغ الجبال طولا

dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong, kerana Sesungguhnya Engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan Engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (Al Isra':37)

19 komen:

Anonymous said...

I want to kill you!!! YOu kutuk Dr Rozmey! he want to take me in his next filem you knowww---Pamela Anderson.

ShaLLeyShaLina said...

fenomena ddr....wakakkaka..aku TERtengok filem tu kottttt ;p

Mohd Zulfikri said...

@Anonymous peh.sorila cek pamela..sy xsngaja 'ter'kutuk si cenda..ehh.silap. DDR tu..sori ye..haha

Mohd Zulfikri said...

@ShaLLeyShaLina takpa2.ok la tu.at least sejuk sket ati DDR bla tau ada org tngok..hahaha

senah jongos~ said...

dr. rozmey memg sgt xleh bla. btw. blog kau dah leh challenge beautifulnara. ahaha.

[ sHarpEx ] said...

salam bro. shoutmix hang jem la mlm ni. so terpaksa kat sini jek. jgn mrh bro~

sori lambat blogwalking balik. download siri filem harry potter kat sini~

http://sharpexmuddy.blogspot.com/2010/11/download-harry-potter-film-series-part_17.html

mira the monster said...

dia xnk plak wt produk rambut bagi style sket

Cikgu Fikri said...

hahaahhaha..
aq yg tlh MENONTON filem itu terasa dgn komentar ko kt filem tu..
hahahahha...
mmg sket pown yg tgk..
aq g pown smlm..
jz 8 org jerk,,.,

syAzAnA said...

haha. lawak betul lah DDR. mmg lawak giler. ishh3. menyampah adalah lah!

shah_reel said...

haku mmg geli geleman nengok ghupa org tua tuh..gaya2 cm G** pown ada.. mmg 2 alam betoi...
hahahaha
(astaga)

Mohd Zulfikri said...

@senah jongos~ yesss~.kekadang pelik jgak.sapa plakon filem nih?DDR ke?haha.aisy.jgnla ckp cam2..sy budak baru blajar.. :D

Mohd Zulfikri said...

@[ sHarpEx ] la..yaka?takpa2..tq sudi jenguk.. :)

Mohd Zulfikri said...

@mira the monster rambut rambut jangan sebut!sensitif~ hahaha :P

Mohd Zulfikri said...

@Cikgu Fikri eh.x berniat nk kata kt sapa2 pon..hihi.8 org??pergh.'ramai' jugak ek..haha

Mohd Zulfikri said...

@syAzAnA beliau mmg berbakat mnjadi plawak..haha

Mohd Zulfikri said...

@shah_reel apakah G** tersebut??hahaha

dwaty said...

tak hingin aku tgk filem ni...

dwaty said...

tgk blok saya... ada link blog awak...

Queen F said...

hahaha rm230 ribu je kot.. tak sampai pon rm 40 juta.. :D entah2 40 juta rupiah.. kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...