07 November 2010

Kesan-kesan kalau Facebook ditutup..

ini adalah facebook.ada yang tak kenal??

Facebook dari segi bahasa ialah mukabuku. Dari segi istilah pula bermaksud ; sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc.(gigih gila aku copy dari wikipedia.haha!) 



Facebook(FB) la ni dah jadi macam satu keperluan pulak. Seolah olah FB tu dah macam di'wajib'kan untuk setiap orang. Kiranya sapa yang takdak FB ni akan di'bahan' secukopnya sehingga insan tersebut trauma seraya membuka akaun FB dengan serta merta.hahaha.

Even budak kecik umoq 7 tahun pon dah ada FB! woh~ dasyat.dasyat. Siap boleh add cekgu masingmasing pastu boleh puji profile pic cekgu..

"cekgu ni ensemla.." ,"ustaz ni machola.."..pastu ayat penyudah dia.."boleh tak cekgu buatkan homework saya?plizzz.." Ciss!

kiut bukan?

Makcik2 dan pakcik2 dan atuk2 serta nenek2 pon ada yang memiliki akaun FB..pastu mulalah buat status nostalgia:

"Teringat dulu2 petang2 macam ni slalu minum kopi sambil main dam aji dgn askar jepun..hmm..miss them soooo much..muahx" erk.

atau pon:

"Sakit mata aku tengok zaman skarang ni..banyak sgt kaler..kalau dulu2 snang, itam ngan putih je!huh~"

what??800 friend request?sumanya cucu aku?

Itulah penangan FB kepada semua lapisan masyarakat...tapi pernah tak kita terfikir 'KALAU KALAU' laman web FB tu tiba tiba ditutup secara mengejut? Mana nak pi tau kan.. kot kot la..

1) pengasas FB ni; Mark Zuckenberg ni putus cintan lalu frust meniarap,terus dia protes untuk tutop FB.
2) Mark Zuckenberg teringin nak tukar profesion jadi tukang urut ke,tukang berus gigi harimau ke..who knows?
3)Mark Zuckenberg hilang ingatan

dan banyak lagi kemungkinan yang tak dapat kita ramalkan..

Ok2.straight to the point.Dibawah ni ada beberapa kesan, akibat, efek, hasil, padah yang bakal berlaku 'KALAU KALAU' laman web FB ditutup secara mengejut:

1) Peminat tegar FB akan membuat rusuhan dimerata rata tempat. Rata ratanya mengambil keputusan untuk mogok kenyang.Iaitu makan tanpa henti.

2) Para 'stalker' akan hilang pekerjaan.Ambek ko.nak sangat jaga tepi kain orang.Kain aku pon ko pinjam.

3) Laki @ Pompuan yang tengah mengejas bakal awek@pakwe kat FB frust menonggeng.Nak nak pulak yang sipi sipi lagi nak dapat..aduss..

4) Pemilik laman web Friendster dan Myspace tersenyum riang lantas mengadakan kenduri kesyukuran

5) Businessman/woman yang buat FB sebagai medium untuk business mula buat akaun Friendster/Myspace. Nak cari makan le banggg..

6) Tiada lagi ungkapan 'Login FB dapat RM100' atau 'Login FB duit masyuk' atau 'Pakcik menang moto!'

7) Pekerja2 di pejabat mula buat kerja dengan bersungguh2.Sebelum ni asyek men Farmville je tym keja.Pastu bila bos mai buatbuat sebok.Plastik!

8) Kedai kedai mamak tidak lagi menjadi tempat per'FB'an..

9) Ramai yang terminate broadband sebab ada yang jenis beli broadband sebab nak bukak FB je!(ada ke yg jenis tu?)

10) Banyak persatuan macam 'Kami suka makan kicap','Kami benci lalat','Kami peminat mi segera' dan banyak lagi terpaksa dibubarkan.

11) Orang yang suka apdet status akan mencuba cara lain iaitu dengan mengapdet status secara lisan.Contohnya dengan menjerit kuatkuat : "Selamat pagi semua!!!" , "Bosanla..huhuhu!" , "Adoii!!tensyen tensyen" , "Saya nak pergi toilet,ade sape2 nak ikot x?hihi"

12) Ramai kawan kawan jauh @ lama akan lost contact..adoii..baru je jumpa kat FB..

13) Student akan tumpu perhatian time study.(ye ke?)

14) Pengunjung library akan berkurang. Sebab ada yang p library sematamata nak on9 FB je.Ciss!


Setakat tu saja yang dapat aku senaraikan.Rasanya banyak lagi kot efek kalau FB ni ditutup.Kalau hangpa ada idea gtaw aku.nanti aku tambah.haha. So,bersiap sedia.Sapa sapa yang takdak lagi Friendster, Myspace, Tagged, dan Hi5..sila buat. Jangan takut dibahan orang laen..

"Ek eleh..baru buat Friendster?kuno gila!"

"Mak aih?ko layan Myspace?bapak oldskul gila!"

"Pergh..kawankawan!tengok ni!kawan kita layan Friendster la..muahahaha"

Ya.anda mungkin berhadapan dengan situasi diatas.Teruskan niat murni anda itu.Banyakkan bersabar dengan cemuhan mereka. Ingatlah,anda mungkin boleh membahan mereka balik 'KALAU KALAU' FB ditutup.(kenapa tibatiba mood serius nih?hahaha)

Sekian.

p/s: tulisan diatas xbermaksud nak menghina sapasapa ok.tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang masih mati.

17 komen:

Anonymous said...

facebook adalah alunan suara saya-siti nurhaliza.

Anonymous said...

tnpa fcbook, aku takkan bangun pagi.-Agnes Monica.

Anonymous said...

If facebook will be closed, i will suicide myself by jumping from PENTAGON building!-Barrack Obama.

atok said...

nice entry lah der ;DD

Mohd Zulfikri said...

trima kaseh kpd badrul naim bin jamaluddin kerana sudi mengomen menggunakan pelbagai nama.

Mohd Zulfikri said...

@Atok: hee~ :D

Siti Mashitah Saidin said...

fesbuk cam suck ar skrg...

Mohd Zulfikri said...

zzz..sebab?

Anonymous said...

hah?! knapa nma penuh aku ada di sini? haha

senah jongos~ said...

kalau buat karanagan spm mesti A+

Mohd Zulfikri said...

senah:haha.naseb bek bm xda exam.klu x, kmpom A+.haha

NURUL NAZIRA said...

pergh! barrack obama pun komen . haha

wonderfuLife♥ ♥ said...

ok..like entry nie..haha..thniah siti nud=rhaliza,agnes n obama ciap komen..hahaha

Mohd Zulfikri said...

@Nurul Nazira:haha.dy boring dduk lam white house tu..haha

wonderfulife:ntah mcmna dy orang bleh dtg komen.femes gak aku ni.haha! :p

Mohd Zulfikri said...

@siti nurhaliza: erk.datok K x marah ke komen2 ni?haha

@agnes monica: wah.kiranya kalau ada fesbuk lo akan bangun pagi lah?smayang subuh ke?haha

@obama: r u sure sir?bukanke pentagon tu dh runtuh?dah renovet ke blom?

s. u. f. i. said...

sunggoh vengong vi situ !
muahahaha, tabley bla.
naseb bek ada fs ngan mespace da.
bolela menanam kasih kt sana klu fb ditutop !

cik miera said...

wow...awk dh lama ramal?pergh..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...