30 December 2010

Malaysia menang, Upin & Ipin yang jadi mangsa!

Mesti ramai yang pelik kan? Apa pulak kaitan Upin & Ipin dengan Piala AFF semalam? Sebelum tu,  tahniah buat Malaysia sebab jadi juara buat kali pertama kat Piala AFF  Suzuki . Harap harap untuk Piala AFF Honda,Yamaha, Modenas, Toyota malahan Ferrari nanti pon Malaysia juara jugak.haha! 

Boleh dikatakan 80% blog-blog yang aku follow mentahniahkan(apeke pelik bahasa aku ni) pasukan bola sepak Malaysia atas kemenangan menentang pasukan Indonesia semalam. Dan boleh dikatakan hampir 50% fren fren FB aku yang online tadi tolong jadi juruulas. Tiap tiap kali gol ja mesti ada yang apdet status "Goll!!". Aku yang on9 lam bilik pon dah boleh tau keputusan. takyah susah2 usung laptop pi kat ruang tamu.Nampak sangat suka memerap dalam bilik..Ngeh3~

Aku bukannya minat sangat pon bola bola ni. Semalam pon aku jenguk TV sat sat ja.  Pemain Malaysia pon aku tak kenai semua.heheh. Tapi aku tau la jugak sikit sikit yang Malaysia dah menang tym perlawanan pertama haritu, aku pon tau jugak pasal insiden Laser yang ramai orang Indon tak puas hati tu. Kira ok la kan? bukannya tak amek tau lansung..dan pasal insiden Laser tu pulak, bagi aku, kalau betol pancaran laser tu dari penyokong Malaysia, memang tak best dan tak patut la kan..tapi dengaq kata tadi waktu perlawanan kedua kat Indon pon ada laser jugak. Herm...sapa punya kerja ek? Wallahu a'lam.

Sebenaqnya aku bukan nak ulas pasai laser laser tu. Bukan nak ulas pasai corak permainan,strategi. Mana reti aku benda benda camtu.hahah Tadi aku godek godek FB adek bongsu aku. Sapa suruh dia tak logout kan. Baru darjah 2 dah ada FB bhai..aku dulu darjah 2 nak on PC pun takut takut.nyiahaha  Aku pon tengok la kat news feed dia tu.Ternampak fanpage Upin & Ipin.

Terkejut jugak aku. Pergh. Gila ah. Ramai jugak yang komen kat page Upin Ipin ni. Fan dia pon 4 juta lebih! kalah Lisa Surihani! Bila aku tengok kat status fanpage tu :


lebih 2 ribu yang menge'like' dan lebih 3 ribu yang mengomen. what happened?

"Diharap semua jangan berbahasa kesat dan kasar  disini. Ini tempat untuk kanak kanak. Oleh itu, tolong sopan sedikit." 

Aik.tak kan budak budak sebaya adik adik aku ni maen gadoh gadoh dalam page Upin & Ipin pulak? Tak kan depa begaduh ngan Upin & Ipin pulak kan?

Bila aku tekan 'view all comments' je pergghhh. Sekali lagi aku terkejut. Rupa rupanya fanpage Upin & Ipin telah diserang oleh penyokong2 Indonesia! Fanpage Upin & Ipin  dah jadi tempat untuk penyokong Indonesia memaki hamun Malaysia. Kononya tak puas hati dengan perlawanan semalam. Nah. hangpa tengok la sendiri bahasa bahasa 'sopan' penyokong penyokong Indonesia..penat aku printscreen nih!

 maaf kalau bahasa bahasa kat atas tu agak kasar.

Ada ka patut Upin & Ipin pulak yang jadi mangsa! Yang maki hamun Upin&Ipin pon ada. Apa la salah budak comel 2 orang tu ye? Siap nak boikot kartun Upin & Ipin lagi. Padahal barangan tiruan Upin & Ipin sendiri punya la berlambak dijual kat indon nu. Ada hati nak boikot.  Kang kak Ros marah depa baru tau! hahaha

Sedih kan. Pasal bola ja dah maki maki macam tu. Bukan setakat penyokong Indon ja.Tak yah nak marah kat penyokong Indon. Kita pun sama ja. Tapi bukan semua la kan. 'Segelintir' ja. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sebagai contoh, kalau ada lawan bola antara Negeri negeri tertentu, tak pasai pasai Menteri negeri tu yang kena maki. Yang ni ke adab ketimuran yang dibangga bangga kan sangat tu? Ni ke semangat 1 Malaysia yang di warwarkan sangat tu? Bola pon boleh jadi isu politik dan perkauman???

Tapi bukan semua penyokong Indonesia dan Malaysia yang macam kat atas tu..ada yang baik baik..ada yang boleh terima kekalahan..penyokong Indon yang puji pemain Malaysia pon ada.. Ni yang aku printscreen dari fanpage tu jugak dan dalam status yang sama. Cuma yang ni aku kumpul komen2 yang sopan ja.

 alhamdulillah.masih ada penyokong yang macamni walaupon sikit.

Untuk pengetahuan, status kat fanpage Upin & Ipin tu dah dipadam oleh adminnya semalam. Elok sangatla tu. Nanti budak budak baca tak pasai pasai kotoq habeh otak depa. Tapi nasib baik aku sempat printscreen. Kalau tak mesti hangpa tak dan tengok. Cakap terima kasih kat aku cepat! haha

Saye Upin. Ini adik saye, Ipin. Ape salah kami berdua?? 
Betul betul betul!


“Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (Al-Humazah: 1)

p/s: cuti dah nak habes.. :(

10 komen:

Cahaya Senja said...

2 la pasal ustaz fikri..sy pon xpuas hatila dgn mereka2 ini..uh

Nur said...

sian diorg..huhu

SHURA said...

terima kasih sempat juga print skrin!!
HAHA

Mr. N said...

kesian upin ngn ipin....

Z.Z said...

@Cahaya Senja sy lg la x puas ati ngan depa tu ustaz akmal..

Z.Z said...

@Nur betul betul betul..hhihi

Z.Z said...

@Cikgu Shura hahaha sama2~

Naim Jr said...

Bola bebola berbola bola bola bla...bla...bla..bola...

aizatjohar said...

ape ntah..bola tu kan bulat.sepak ajelah.

aizatjohar said...

ape ntah..bola tu kan bulat.sepak ajelah =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...